25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dah Dua Tahun Kahwin, Saya Masih Dara..Suami Saya Bukan G*y’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Baru-baru ini, seorang isteri berkongsi kisah pahit rumah tangganya apabila si suami enggan melakukan hubungan intim dengannya meskipun sudah lebih dua tahun mendirikan rumah tangga.

    ‘Dua tahun lebih kahwin, saya masih dara’

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi luahan yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna X, wanita yang berusia 28 tahun itu menyifatkan suaminya seorang yang sangat baik namun tidak tahu mengapa lelaki itu enggan berhubungan badan dengannya.

    Dah dua tahun lebih kahwin, saya masih dara. Saya sayang dia, saya tahu dia boleh jadi bapa yang baik untuk anak-anak.

    Tambah wanita ini lagi, meskipun dia sudah berkali-kali memberitahu tentang tanggungjawab suami isteri dalam rumah tangga tetapi lelaki itu seakan tidak peduli.

    Banyak kali dah bersemuka dengan dia tapi dia cakap tak bersedia nak ada anak. Ya, saya pun tak bersedia juga tapi macam-macam protection kita boleh guna. Tapi dia masih tak nak. Dia selalu cakap penat lah apa lah.

    Masa awal-awal kahwin, tiga bulan pertama macam tu adalah buat ringan-ringan tapi sekarang dah lebih setahuh tak ada langsung hubungan intim.

    Kadang-kadang bila saya pegang pun dia tak suka. Saya tak rasa dia gay sebab telefon dia ‘bersih’ tak ada apa-apa. Cuma kadang-kadang saya nampak dia tengok video lucah.

    Wanita ini juga mengakui tindakan si suami itu secara tidak langsung membuatkan dia berasa dirinya masih belum menjadi seorang isteri yang baik dan sempurna.

    Saya cantik dan memang meet the beauty standard. Banyak kali terfikir nak curang. Saya tak rasa suami tertarik secara seksual dengan saya tapi saya tahu dia sayang saya.

    Bab nafkah zahir semua memang lengkap tapi nafkah batin memang tak ada. Bab lain dia memang sempurna. Kebersihan semua saya jaga. tak tahu mana silap saya.

    Dia yang nak sangat kahwin dengan saya (saya ikutkan nak kahwin lambat lagi) tapi saya ikutkan je sebab saya tahu dia sayang saya. Tapi bila jadi macam ni, saya sedih.

    Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respon daripada wargamaya. Mereka menasihati pasangan ini agar menghadiri kaunseling selain membuat rujukan kepada pihak yang boleh membantu mereka mencari jalan penyelesaian.

    MENARIK:  Pengalaman Mengerjakan Umrah Membawa Saya Ke Jalan IKIMfm – Tyzo Xander

    Tidak kurang juga, ada yang berpendapat mungkin suami wanita ini mempunyai masalah kesihatan yang berkemungkinan membuatkan dia bersikap sedemikian.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah