Personaliti media sosial Cik Epal mendedahkan menerima banyak mesej daripada kaum wanita yang berdepan dengan konflik rumah tangga, dicurangi dan juga golongan ibu tunggal.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Jiwa Yang Dikhianati Kembali Bertemu Cahaya’ – Cik Epal
Artikel Berkaitan: Anak-Anak Didakwa Tidak Diserahkan, Cik Epal Terpaksa Batal Percutian Ke Luar Negara – ‘Saya Berhabis Puluhan Ribu Ringgit’
Nasihat Cik Epal
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, menitipkan nasihat dan kata-kata semangat kepada mereka.
Menurut Cik Epal, kaum Hawa yang diuji dengan perceraian perlu bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT, selain yakin bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Sebagai manusia, kita memang tak lari daripada rasa sedih, kecewa, terluka dan putus asa. Perasaan itu bukan tanda lemah. Itu tanda kita hidup dan punya hati.
Tapi yang paling penting, jangan pernah putus asa dengan Allah. Dalam setiap kehilangan, setiap perpisahan, setiap yang dijauhkan, pasti ada hikmah yang sedang Allah susun.
Kadang kita tak nampak sekarang, tapi masa akan jadi saksi.
Bila seseorang ‘ditarik’ dari hidup kita, mungkin memang peranan dia sudah selesai. Dan mungkin juga Allah nak kosongkan ruang itu untuk sesuatu yang lebih baik, lebih tenang, lebih sesuai dengan jiwa kita.
Selain itu, Cik Epal berkata, fasa yang dihadapi mereka ketika ini adalah untuk fokus kepada diri sendiri selain perlu menyerahkan segala hal kepada Allah SWT dalam menempuh kehidupan baharu.
Seperti yang disebut dalam Al-Quran: ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu.”
Rahmat Allah itu sangat luas. Dia tak pernah kejam. Yang berlaku mungkin menyakitkan, tapi tidak pernah sia-sia.
Sekarang bukan lagi tentang orang itu. Sekarang tentang diri awak.
Apa yang awak dah belajar, apa yang awak dah sedar, dan bagaimana awak nak jadi lebih kuat, lebih matang, lebih dekat dengan Allah selepas ini. Tenang ya.
Yang pergi bukan rezeki. Yang kekal itu ketentuan.
Sumber: Threads
The post Cik Epal Titip Nasihat Untuk Wanita Bercerai & Dicurangi – ‘Bila Seseorang Ditarik Dari Hidup Kita, Peranannya Sudah Selesai’ first appeared on OHBULAN!.





