26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik Epal Pertikai Gelaran Chef Bekas Suami – ‘Kau Tak Pernah Layak, Sedar Diri Sikit’

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Cik Epal mencuri perhatian apabila meluahkan rasa setuju terhadap hantaran yang dimuat naik seorang individu berkaitan bekas suaminya, Jofliam di aplikasi Threads.

    Chef Jofliam

    Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan memuat naik tangkap layar Instagram Story (IGs) Jofliam yang memaparkan doh pizza yang dibuatnya sambil menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

    Individu tersebut turut memuat naik video perkongsian dibuat Chef Dave mengenai liku-liku perjalanan sebelum dirinya ditabalkan sebagai seorang chef yang bertauliah.

    ‘Kau tak pernah layak’

    Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud yang bersetuju dengan individu tersebut.

    Ujar Cik Epal, bekas suaminya itu tidak layak dan tidak boleh sesuka hati untuk menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

    Tak boleh suka hati ja nak guna (gelaran) chef itu.

    Kau tak boleh memandai gelar kan diri kau chef.

    Kau tak pernah layak, sedar diri sikit.

    Terdahulu, kecoh di media sosial apabila segelintir tetamu yang hadir ke rumah terbuka dan majlis meraikan perkahwinan Jofliam dan isteri, Dewi meluahkan rasa kecewa dengan pizza wagyu yang dihidangkan.

    MENARIK:  Ruhainies Tak Lagi Berhubung dengan Aliff Aziz – Saya Tak Perlu Hubungi Dia Lagi

    Dakwa mereka, pizza yang dihidangkan tidak sama seperti yang dijual oleh usahawan tersebut.

    Malah, ada yang mendakwa hidangan itu dalam keadaan agak hangus apabila bahagian atas pizza sudah kelihatan warna hitam.

    Sebelum ini, Jofliam memberitahu bakal mengagihkan pizza wagyu secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah