31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caprice dan Bella Berdamai: Perselisihan Selesai, Kini Kami ‘Cool’

    Shopee Sale



    Pempengaruh sensasi Caprice dan pelakon, Bella Astillah akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dan tidak memanjangkan kemelut yang berlaku.

    Artikel berkaitan: ‘Aliff Aziz Tunjuk 400 Lebih Bukti Gambar, Video, Tiket Penerbangan Bella & Muaz’ – Caprice

    Artikel berkaitan: Caprice Batal Perjumpaan Tergempar Bersama Bella Astillah, Aliff Aziz, Ruhainies & Sarah Yasmine – ‘Semua Sedia Berdamai, Tapi Ada Sabotaj’

    Kami ‘cool’

    Menerusi posting di Instagram, kedua-dua mereka dilihat sudah berdamai menerusi panggilan video. Bukan itu sahaja, Caprice dan Bella dilihat memuat naik hantaran terbaru ketika mereka mencari jalan penyelesaian terbaik.

    Menurut Caprice, antara dia dan Bella sudah tiada apa-apa isu berbangkit.

    Bella dan saya ‘cool’. Semuanya sudah selesai.

    Sementara itu, pada hantaran Bella pula, dia turut memuat naik gambar sedang membuat panggilan video bersama Caprice dan isterinya, Farah Inalis.

    Semalam wanita didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan Aliff dan Bella.

    Dedah Sarah, walaupun Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies, namun dia didakwa berpihak kepada pelakon dan penyanyi asal Singapura itu.

    MENARIK:  Syafiq Kyle Pernah Terlibat Kemalangan, Cedera Parah & Anggap Tiada Harapan Hidup – ‘Saya Fikir Sedang Lalui Proses Kematian’

    Sarah mendakwa video berkaitan Bella dan pelakon baharu Muaz Zabir yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umat juga adalah hasil suntingan Caprice.

    Kemudian Bella dalam hantaran yang diulang siar semula daripada perkongsian Sarah di Instagram Story turut mendakwa Caprice mempunyai kaitan dalam kes penyebaran hubungan membabitkan dirinya dan Muaz.

    Bagaimanapun, Bella menyifatkan Caprice seolah-olah menjerat lehernya sendiri apabila cuba mempertahankan diri selain mempunyai bukti-bukti mengenai hubungan Bella dan Muaz.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah