32.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bida Koleksi Rare POP MART & Pokémon Di TikTok Shop 8.8 Jualan LIVE Gempak

    Shopee Sale

    Membeli-belah secara LIVE kini jadi lebih mengujakan! TikTok Shop Malaysia memperkenalkan LIVE Auction, ciri baharu yang membolehkan pengguna membida pelbagai barangan eksklusif secara masa nyata ketika sesi LIVE berlangsung.

    Selepas melalui pelancaran berperingkat bermula 7 Julai 2026, ciri ini kini tersedia sepenuhnya kepada semua penjual yang layak di TikTok Shop Malaysia sejak 20 Julai 2026.

    Apa itu TikTok Shop LIVE Auction?

    LIVE Auction merupakan format membeli-belah interaktif yang membolehkan penjual melelong produk secara langsung ketika sesi LIVE.

    Penjual akan menetapkan harga bidaan permulaan dan tempoh lelongan, manakala penonton boleh membida secara masa nyata. Apabila masa tamat, pembida dengan harga tertinggi akan memenangi produk tersebut dan boleh terus membuat pembayaran melalui TikTok Shop.

    Format ini sesuai untuk produk yang sukar diperoleh atau mempunyai nilai koleksi seperti figura koleksi, kad permainan, beg berjenama, kasut, barangan kemas dan pelbagai produk eksklusif lain.

    POP MART, Kad Pokémon & beg berjenama menanti pembida

    Buat pertama kalinya, POP MART Official Store akan mengadakan LIVE Auction rasmi di TikTok Shop dengan menawarkan pelbagai koleksi ikonik dan edisi yang sudah tidak lagi dijual di pasaran.

    Antara koleksi yang bakal dibida ialah:

    • MEGA SPACE MOLLY
    • Hirono x Snoopy Figure
    • Blind Box POP MART edisi terpilih
    MENARIK:  Bapa Meri Bulan Bintang Meninggal Dunia

    Malah, beberapa siri lelongan akan bermula dengan harga serendah 50% lebih rendah daripada harga asal.

    Jadual LIVE Auction POP MART

    • 6 Ogos: 12.00 tengah hari – 8.00 malam
    • 8 Ogos: 12.00 tengah hari – 10.00 malam

    Bagi peminat Pokémon Trading Card Game (TCG) pula, korang berpeluang membida kad-kad rare bermula hanya RM1, termasuk:

    • Mega Charizard ex SAR (PSA 10)
    • Mega Dragonite ex SIR
    • 1999 Blastoise Squirtle Deck Holo (PSA 9)

    Selain itu, penggemar fesyen juga boleh mendapatkan beg Coach, Michael Kors dan Kate Spade asli dengan harga bidaan bermula RM100.

    Bukan itu saja, papan kekunci Mofii Macaron Keyboard yang dijual pada harga asal RM199 turut dibuka untuk bidaan bermula hanya RM25.

    Selain koleksi eksklusif, TikTok Shop LIVE Auction turut menawarkan pelbagai kategori lain seperti fesyen pre-loved, kelengkapan rumah serta produk gaya hidup.

    Jadi, kalau korang tak nak lepaskan peluang membida pelbagai barangan eksklusif dengan harga yang berbaloi, pastikan korang mengemas kini aplikasi TikTok kepada versi terkini dan sertai sesi TikTok Shop LIVE Auction sekarang!

    The post Bida Koleksi Rare POP MART & Pokémon Di TikTok Shop 8.8 Jualan LIVE Gempak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah