Personaliti media sosial, Sally Whoo membuktikan kejayaan boleh bermula dari kecil apabila hanya memulakan perniagaan dengan dua produk sebelum berjaya menjana jualan mencecah jutaan ringgit.
Artikel Berkaitan: Sally Whoo Akui Cabaran Jaga Anak Kembar, Syukur Ada Pembantu – ‘Bila Seorang Menangis, Seorang Lagi Ikut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sally Whoo & Suami Kongsi Rezeki Dengan Jururawat, Netizen Doa ‘Traffic Light’ Selalu Hijau
Usahawan berjaya

Ketika ditemui , Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah berkongsi rutin harian yang banyak dihabiskan dengan melakukan siaran langsung bagi mempromosikan produk kosmetik miliknya.
Menurut Sally, setiap sesi siaran langsung akan berlangsung lebih daripada lima jam sehari.
Kita tak kerja dengan waktu yang menetap.
Selalunya saya akan berniaga secara bersiaran langsung sampai ke pagi.
Kalau bulan puasa lagi lama. Dari lepas tarawih sampai sahur.
Sally berkata demikian ketika ditemui pada majlis Asia – All Star Influencers Award Iftar Night yang berlangsung di Studio 38, Kota Damansara baru-baru ini.
Justeru itu, kegigihan dan potensi yang ditonjolkan pemenang TikTokers Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu meraih perhatian pengerusi All Star Influencers Award (ASIA) iaitu Datuk Abd. Rahman Soltan.
Menurut Abd. Rahman Soltan, program Influencer Partnership Program (IPP) diperkenalkan sebagai platform kepada golongan pempengaruh untuk menghasilkan serta memasarkan produk mereka sendiri sekali gus membantu mereka menjadi usahawan muda yang lebih berdaya saing.
Melalui program ini, kami memilih pempengaruh yang berpotensi untuk menghasilkan dan menjual produk mereka sendiri. ASIA bertindak sebagai badan induk yang membantu dari segi pembangunan produk sehingga pemasaran.
Apabila mereka mempunyai jenama sendiri, mereka dapat membina sumber kewangan yang lebih kukuh dan mampan. Ini adalah usaha kami untuk membantu anak muda berani berniaga dan membina jenama sendiri.
Kegigihan Sally Whoo

Berkongsi lebih lanjut, pengerusi All Star Influencers Award (ASIA) sempat meluahkan rasa kagum terhadap kejayaan Sally Whoo menerusi jenamanya.
Rahsia kejayaannya ialah rajin mempromosikan produk sendiri termasuk aktif melakukan sesi siaran langsung bagi meningkatkan jualan.
Program ini adalah bagi membantu pempengaruh mengurus kewangan demi kestabilan hidup pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, All Star Influencers Award (ASIA) turut merancang memperluaskan program ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan lebih 20 negara Asia sejak 2023.
Antara program yang dirancang termasuk penganjuran kejohanan tinju antarabangsa di Dubai yang melibatkan 10 negara selain acara bola sepak persahabatan Malaysia-Indonesia, kejohanan snuker dan beberapa program sukan lain.
The post ‘Bermula Dengan Dua Produk, Sekarang Jualan Cecah Jutaan Ringgit’ – Pengerusi ASIA Puji Kegigihan Sally Whoo Berniaga first appeared on OHBULAN!.





