24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berjaya Jual 23,674 Hidangan Sehari, Restoran Ajak Shiro Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

    Shopee Sale

    Pelawak dan usahawan, Ajak Shiro meluahkan rasa syukur apabila restoran miliknya, Bumbu Babah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian mencatat jualan nasi padang paling banyak dalam tempoh sehari iaitu sebanyak 23,674 hidangan.

    Artikel Berkaitan: Ajak Shiro Hadiahkan Restoran Kedua Untuk Ebby Yus – ‘Dekat Dengan Rumah, Saya Tak Nak Dia Penat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ajak Buka Restoran Kedua, Hadiahkan Cawangan Baru Kepada Ebby Yus – ‘Saya Ada Hajat Bawa Abang Ke Sini’

    Malaysia Book Of Records

    Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 40, berkata kejayaan tersebut di luar jangkaannya memandangkan perniagaan itu pada awalnya hanya bermula sebagai sokongan terhadap minat anaknya dalam dunia keusahawanan.

    Sejujurnya dengan rendah hati saya katakan, saya memang tak terfikir pun Bumbu Babah akan berjaya sampai ke tahap ini. Pada awalnya, niat saya cuma untuk melayan anak saya yang ingin berniaga.

    Saya pun tertanya-tanya sama ada jual nasi padang ini okey atau tidak sebab menu nasi padang bukan makanan harian kita, walaupun kita biasa dengar.

    Namun bila mula berniaga, saya tak sangka dalam masa satu tahun satu bulan, kami berjaya mencatat rekod sebanyak 23,674 hidangan dalam satu hari. Jadi saya sangat bersyukur atas sokongan pelanggan-pelanggan kami.

    Ajak berkata demikan ketika ditemui di majlis penyerahan sijil MBR di Restoran Bumbu Babah cawangan MyTown pada Jumaat.

    Bercerita lanjut, bapa kepada tiga anak itu turut menzahirkan rasa syukur apabila pencapaian jualan yang diraih setakat ini amat memberangsangkan.

    Bumbu Babah bermula dengan satu outlet sahaja dengan jualan sekitar RM200,000 sebulan. Sekarang, apabila sudah mencapai 40 outlet, jualan bulanan kami pernah melebihi RM4 juta sebulan.

    Malah hampir mencecah RM5 juta untuk satu bulan. Kami berharap pencapaian ini akan berterusan sehingga mencapai 100 outlet pada masa akan datang.

    Dalam pada itu, Ajak tidak menafikan dunia perniagaan penuh cabaran, khususnya berkaitan kritikan dan isu yang tular di media sosial, termasuklah berhubung sijil halal.

    Memang ada banyak cabaran. Antaranya isu-isu yang cuba mengganggu atau diviralkan di media sosial. Ada yang menegur mengenai sijil halal pada awal perniagaan saya.

    Hakikatnya, mengikut prosedur, sesebuah perniagaan perlu beroperasi terlebih dahulu sebelum boleh memohon sijil halal.

    Apabila perkara ini berlaku, ada pihak yang berilmu akan mencari jawapan yang lebih mendalam, tetapi ada juga yang terus menghukum makanan kami sebagai haram. Bila saya menjawab, ada pula yang terus menyerang.

    Dari situ saya mula faham, beginilah asam garam berniaga. Saya tidak melatah, sebaliknya cuba mendidik mereka supaya faham kekangan mendapatkan sijil halal yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan proses.

    Cabaran berniaga

    Selain isu halal, Ajak turut menerima pelbagai maklum balas berkaitan kualiti makanan, layanan staf serta sistem beratur di restorannya.

    Semua ini saya anggap sebagai asam garam perniagaan. Ia tidak membuatkan saya patah semangat, malah saya anggap sebagai masalah yang baik kerana banyak mengajar saya.

    Sebagai pemilik, apabila melihat perkara-perkara tular di media sosial, sama ada tentang harga makanan, barisan panjang atau sistem operasi, saya cuba faham.

    Ada yang suka, ada yang tidak. Secara jujur, saya tidak marah kerana dalam pemasaran, kita perlu bersedia mendengar pelbagai pendapat.

    Ajak turut menegaskan beliau lebih menghargai teguran yang membina berbanding komen berunsur penghinaan.

    Saya suka orang yang menegur, tetapi saya tidak suka orang yang menghina kerana teguran dan hinaan itu berbeza.

    Setakat ini, semua teguran saya raikan. Ada masa saya jawab, ada masa saya memilih untuk diam supaya orang terus bercakap tentang perniagaan saya.

    The post Berjaya Jual 23,674 Hidangan Sehari, Restoran Ajak Shiro Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  ‘Saya Sanggup Bersujud Minta Maaf , Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka Berdua’ – Abang Tesla

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah