26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Beribu Tanda Tanya’ Lagu Syamel Paling ‘Mahal’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Syamel muncul dengan karya terbaharu berjudul Beribu Tanda Tanya, sebuah lagu sarat emosi dan persoalan jiwa yang menyentuh hati.

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri & Syamel Sepakat Pilih Warna Baju Raya, Sedia Pakaian Lebih Untuk Anak

    ‘Mahal’

    Lebih daripada sekadar karya indah, Syamel menganggap ini antara lagu paling ‘mahal’ dan bermakna dalam perjalanan seninya.

    Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim ini bukan sahaja menonjolkan kekuatan vokal Syamel, tetapi juga menjadi pengalaman berharga yang tidak ternilai.

    Lagu ini boleh dikategorikan sebagai lagu yang ‘mahal’. Bukan hanya dari segi kos, tapi juga nilai sentimental dan pengalaman yang saya dapat sepanjang proses rakaman.

    Menurut Syamel, seluruh proses rakaman dilakukan di Voltalab Sound Studio, Manchester, United Kingdom di bawah bimbingan Edry yang kini menetap di sana.

    Saya perlu ke Manchester untuk bertemu Edry. Semua proses, daripada rakaman hingga pembikinan visualizer, dilakukan sepenuhnya di sana.

    Satu pengalaman yang ‘priceless’ sebab kami gunakan khidmat jurutera bunyi tempatan dan studio bersejarah yang pernah digunakan oleh artis legenda seperti Oasis. Saya rasa sangat dihormati dapat merakam lagu ini di situ.

    Dalam pada itu, Syamel menjelaskan, Beribu Tanda Tanya akan membawa pendengar menyelami perasaan seseorang yang dihantui keraguan dan persoalan yang tidak pernah terjawab.

    Lagu ini berkisar tentang banyak persoalan yang membelenggu fikiran dan hati seseorang. Dia meluahkan rasa melalui nyanyian penuh dengan harapan, kesedihan dan tanda tanya yang tidak berpenghujung.

    Mengulas tentang penyampaian lagu, Syamel berharap pendengar dapat menghayati maksud di sebalik setiap bait lirik dan melodi yang dihasilkan berdasarkan soalan demi soalan dalam penceritaannya.

    Ramai orang pernah melalui situasi hubungan yang tergantung tanpa jawapan. Saya harap bila orang dengar lagu ini, mereka akan rasa dekat dengan kisah itu.

    Lagu terbitan hasil kerjasama Universal Music Malaysia dan Alternate Records ini menjadi bukti kematangan Syamel sebagai penyanyi yang mampu menghidupkan karya dengan penuh jiwa.

    MENARIK:  ‘Jangan Pandah Rendah Kualiti Produk Malaysia’ – Christy Ng Bangga Jenama Lokal Kini ‘Mendonia’

    Beribu Tanda Tanya kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama.

    The post ‘Beribu Tanda Tanya’ Lagu Syamel Paling ‘Mahal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah