28 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik 4.30 Petang?’ – Pertikai Pekerja Pulang Awal Masa Ramadan, Chef Zam Dikecam

    Shopee Sale

    Cef selebriti, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab menerima kecaman hebat daripada warganet susulan kenyataannya yang mempersoalkan tindakan segelintir pekerja memilih untuk pulang lebih awal sepanjang bulan Ramadan.

    Chef Zam dikecam

    Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Zamzani atau lebih mesra dengan panggilan Chef Zam meluahkan rasa hairan apabila ada pekerja yang mahu menamatkan waktu kerja lebih awal selain turut mempersoalkan alasan di sebalik tindakan tersebut.

    Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula? 

    Nak memasak untuk katering bisnes ke?

    Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan Chef Zam tidak memahami realiti kehidupan pekerja di kota raya.

    MENARIK:  ‘Paling Meluat Tengok Manusia Merokok Di Tempat Dilarang’ – Rita Rudaini

    Tidak kurang juga ada yang mempertahankan hak pekerja untuk menikmati fleksibiliti waktu pulang yang diberikan oleh majikan sepanjang bulan Ramadan.

    Menerusi tinjauan , hantaran tersebut telah dipadam oleh Chef Zam.

    Sumber: Threads

    The post ‘Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik 4.30 Petang?’ – Pertikai Pekerja Pulang Awal Masa Ramadan, Chef Zam Dikecam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah