Bekas suami kepada penyanyi, Siti Saerah iaitu Saiful Anuar mengakui sebak apabila melihat anak mereka, Ahmad Dayyan membuat persembahan di program Talk To My Manager pada minggu pertama.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang DM Tanya Umur Ahmad Berapa & Ajak Couple’ – Siti Saerah Kongsi Ragam Peminat
Tangisan gembira

Menerusi hantaran di TikTok, Saiful memberitahu air matanya mengalir kerana merasa bangga melihat kejayaan anaknya.
Aku menitis air mata bukan sebab sedih dan aku bukan juga terlalu gembira, tetapi aku bangga sebab bersama dia (Ahmad) dahulu dari telapak tangan hingga mampu suapkan makan sendiri.
Pahit getir kehidupan yang kami lalui hanya dia dan aku sahaja yang tahu. Aku sangat-sangat merasa bangga.
Dalam hantaran sama, Saiful turut berkongsi video Ahmad menyampaikan lagu Azimat Cinta nyanyian asal ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada minggu pertama program tersebut.
Saiful juga mendoakan kejayaan Ahmad dan berharap anaknya itu berjaya menggapai impian untuk bergelar penyanyi profesional satu hari nanti.
Moga awak berpegang pada janji dan motif hidupmu. Insya-Allah awak akan beroleh kejayaan yang barakah.
Untuk rekod, Saerah mendirikan rumah tangga dengan Saiful pada 2010 sebelum mereka sah bercerai pada 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umaira, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Saerah kemudian berkahwin kali kedua dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari 2018.
Sumber: TikTok
The post Bekas Suami Siti Saerah Sebak Lihat Persembahan Ahmad Dayyan – ‘Aku Menitis Air Mata Sebab Bangga’ first appeared on OHBULAN!.





