Bawang putih, bukan sahaja terkenal sebagai bahan asas dalam masakan, tetapi juga digunakan sejak berabad lamanya kerana manfaat yang luar biasa.
Artikel Berkaitan: Kenali Khasiat Matcha: Mampu Hindari Virus Covid-19 & Penyakit Jantung
Artikel Berkaitan: Air Mineral Atau Air Minuman Biasa: Mana Lebih Sesuai Untuk Kesihatan Anda?
Penawar semula jadi

Kaya dengan sebatian sulfur aktif, bawang putih dipercayai mampu menyokong sistem imun, menurunkan tekanan darah, mengawal paras kolesterol, malah berpotensi bertindak sebagai agen anti-radang dan antibakteria semulajadi.
Rempah kecil ini sering digelar sebagai ‘penawar semula jadi’ dalam pelbagai tradisi perubatan, menjadikannya satu bahan yang bukan sekadar menyedapkan hidangan, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.
Pengambilan bawang putih, sama ada mentah atau dimasak, boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Bawang putih berperanan meningkatkan penghasilan nitric oxide, yang membantu meluaskan saluran darah dan memperbaiki peredaran darah.
Mengambil sekurang-kurangnya seulas bawang putih mentah setiap hari boleh mengurangkan risiko saluran darah tersumbat akibat kolesterol berlebihan serta membantu mencegah aterosklerosis.
Pakar saintis mendapati bawang putih mempunyai kesan positif terhadap penghidap diabetes. Salah satu manfaat utamanya adalah membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
Kajian menunjukkan, sama ada bawang putih tersebut dimakan mentah atau dipanggang, ianya boleh mengurangkan risiko komplikasi yang sering dialami oleh pesakit kencing manis.
Selain itu, kelenjar prostat adalah organ penting bagi lelaki, dan pembengkakannya lazim berlaku apabila umur meningkat. Bawang putih, dengan sifat anti-radang semula jadinya, boleh membantu mengurangkan masalah ini.
Dalam pada itu, ada juga kajian menunjukkan bawang putih mempunyai sifat anti-kanser. Lelaki yang mengamalkan bawang putih dalam diet harian berpotensi menurunkan risiko menghidap kanser prostat sehingga 50%.
Atasi masalah jerawat

Allicin, salah satu bahan aktif dalam bawang putih, dipercayai mampu membunuh bakteria penyebab jerawat. Bawang putih mentah juga boleh digunakan sebagai rawatan semula jadi untuk masalah jerawat.
Ianya juga membantu mengurangkan keradangan, bengkak, dan meningkatkan peredaran darah, sekali gus menyokong kesihatan kulit secara keseluruhan.
Walaupun kelihatan seperti gabungan yang aneh, bawang putih bersama madu sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat kesihatan. Campuran ini mampu membantu meredakan simptom selesema dan menyokong sistem imun tubuh.
Selain dari itu, sejak ribuan tahun lalu, bawang putih telah digunakan sebagai salah satu cara tradisional untuk menangani selesema. Ini kerana, kandungan allicin didalamnya dapat merangsang sel darah putih untuk bertindak lebih efektif terhadap serangan virus.
Bawang putih dipercayai dapat meningkatkan prestasi fizikal atlet. Tradisi ini sudah diamalkan oleh atlet sukan Olimpik sejak zaman Yunani, bawang putih digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan keletihan.
Namun begitu, setakat ini masih tiada bukti saintifik yang kukuh untuk mengesahkan keberkesanan bawang putih dalam meningkatkan prestasi sukan.
Siapa sangka, bahan masakan ini juga boleh digunakan untuk menghalau kutu kerana ia selalunya akan menjauh dari bau dan rasa bawang putih.
Bawang putih yang dilarutkan bersama air juga berkesan untuk mengusir serangga seperti nyamuk dan lalat.
Sumber: Doctor On Call
The post Bawang Putih Disifatkan Penawar Semula Jadi, Beri Manfaat Kepada Kesihatan Sejak Dari Dahulu first appeared on OHBULAN!.





