Walaupun batuk dianggap biasa, keadaan yang semakin melarat mungkin menandakan masalah kesihatan yang lebih serius.
Artikel Berkaitan: Hidung Berair & Mata Gatal? Ketahui Kaedah Rawatan Berkesan Untuk Masalah Resdung
Artikel Berkaitan: Ambil Tiga Biji Sekali Gus? Ketahui Dos Paracetamol Yang Selamat Untuk Anda
Pemilihan makanan & minuman

Selain faktor jangkitan atau alahan, pemilihan makanan juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tahap kesan batuk.
Hal ini kerana, sesetengah hidangan makanan boleh merangsang kepada penghasilan lendir, mengiritasi tekak, atau mencetuskan refluks asid yang memburukkan lagi keadaan.
Pengambilan makanan pedas, seperti cili atau rempah tertentu, boleh menyebabkan tekak terasa panas dan gatal, sekaligus meningkatkan kepada kekerapan batuk.
Selain itu, makanan yang tinggi dengan kandungan lemak, termasuk makanan bergoreng, daging berlemak, mentega, dan makanan segera, ianya akan memperlahankan sistem penghadaman serta menyumbang kepada keradangan tekak.
Produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt juga boleh meningkatkan penghasilan lendir dalam tekak, menyebabkan rasa ketidakselesaan dan meningkatkan keinginan untuk terus batuk.
Hadkan makanan dan minuman yang manis kerana ia bukan sahaja melemahkan sistem imun badan, malah melambatkan proses penyembuhan.
Minuman berkafein, seperti kopi, dan minuman beralkohol boleh menyebabkan tubuh dehidrasi, menjadikan tekak kering serta mengganggu kualiti tidur, sedangkan tidur yang cukup amat penting untuk pemulihan batuk.
Seterusnya, makanan yang bersifat masam seperti jeruk, limau, dan tomato juga akan menyebabkan keradangan pada tekak dan meningkatkan risiko refluks asid dalam badan.
Minuman berais dan makanan sejuk, seperti ais krim, akan menyebabkan saluran pernafasan mengecut dan meningkatkan penghasilan lendir.
Walaupun ia memberikan kelegaan yang sementara, pengambilannya secara berlebihan boleh melambatkan proses pemulihan.
Sumber: Hello Doktor
The post Batuk Tak Reda? Elak Makanan Ini Supaya Cepat Sembuh first appeared on OHBULAN!.





