26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Baru Dua Bulan Kahwin, Pempengaruh Dedah Rumah Tangga Retak Sebab Tak Padam Gambar Bekas Kekasih

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan Indonesia, Clara Shinta mendedahkan bahawa dia dan suami, Alexender Assad kini berdepan dengan masalah rumah tangga.

    Masalah rumah tangga

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Clara berkata meskipun usia perkahwinannya baru mencecah dua bulan namun hubungannya dengan suami seakan sukar diselamatkan.

    Dengan berat hati aku harus menyampaikan bahawa sepertinya rumah tangga kami kecil kemungkinan tidak dapat dipertahankan lagi.

    Tambah Clara lagi, punca keretakan rumah tangganya berpunca mereka sendiri termasuk masalah komunikasi selain sikap ego dan mementingkan diri.

    Tidak terhenti di situ, Clara juga mengakui kesilapannya yang tidak memadan foto bekas teman lelakinya seperti yang telah dipersetujui dengan suami.

    Sebelum berkahwin, aku dan dia telah membuat satu persetujuan untuk memadam semua foto bekas kekasih masing-masing.

    Dia sudah memadam, tetapi aku belum sempat melakukannya kerana folder gambarku mengandungi kira-kira 77,000 foto, jadi aku menangguhkannya.

    Clara penat

    Namun, disebabkan perkara itu suaminya memilih untuk mendiamkan diri sehingga Clara merasai dirinya mendapat ‘silent treatment’ daripada lelaki itu.

    Aku rasa penat bila setiap masalah dalam rumah tangga selalu diselesaikan dengan cara berpisah rumah. Kesabaranku benar-benar habis.

    Bagaimanapun, Clara mengakui suaminya itu seorang lelaki yang baik.

    Suamiku seorang yang sangat baik, banyak berubah, tidak curang dan tidak kasar. Tapi memang aku yang gagal, gagal sebagai seorang isteri.

    Aku hanya ingin disayangi, dilindungi dan dijaga. Duit boleh dicari, tapi rasa disayangi dan rasa aman itu tidak boleh digantikan, kerana tujuan utama aku berkahwin adalah untuk dilindungi dan disayangi, bukan kerana faktor ekonomi.

    Clara juga mengakui emosinya juga kini tidak stabil, malah turut berdepan krisis rohani akibat tekanan perkahwinan yang dihadapinya.

    Aku sedang goyah, aku dalam keadaan tidak stabil. Ada tujuh solat yang aku tinggalkan dengan sedar.

    Aku berada di titik paling kecewa terhadap banyak perkara, terutama sekali terhadap Allah.

    Clara menjelaskan bahawa niat asalnya untuk berkahwin adalah semata-mata kerana ingin beribadah, namun perjalanan rumah tangganya tidak berjalan seperti yang diharapkan.

    Niat aku berkahwin hanyalah kerana ingin beribadah, tapi kenapa semuanya harus menjadi sukar, dan semakin sukar.

    Aku sempat terfikir, kenapa ramai yang berzina tapi Allah berikan mereka kesenangan?

    Sedangkan aku benar-benar menjaga segala-galanya demi Allah dan suamiku, tapi entah kenapa aku tetap sukar untuk bahagia dalam perkahwinanku yang kedua ini.

    Sumber: Instagram Clara Shinta

    MENARIK:  Tiada Slot ‘Wildcard’, Muktamad Hanya 10 Lagu Berentap Rebut Gelaran Juara AJL39

    The post Baru Dua Bulan Kahwin, Pempengaruh Dedah Rumah Tangga Retak Sebab Tak Padam Gambar Bekas Kekasih first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah