25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Baru Dapat Sijil Bukan Bermaksud Makanan Dijual Sebelum Ini Tak Halal’ – Khairul Aming

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan mengenai produk makanannya yang baru sahaja mendapat pengiktirafan halal.

    Tak bermaksud tak halal

    Menerusi ciapan dibuat di aplikasi X, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menjelaskan bahawa ketiadaan sijil halal sebelum ini bukanlah bermakna produk makanan yang dijualnya tidak halal.

    Jelas Khairul, dia perlu menjalani beberapa prosedur yang telah ditetapkan memandangkan pembukaan kilang produk makanan bermula dari ‘zero’.

    Ada yang tanya kalau hari ini baru dapat sijil halal, maksudnya sebelum ini tak halal ke makan sambal dan dendeng.

    Bukan bermaksud benda itu tak halal, cuma nak buat kilang ada prosedur dia.

    Kita bina kilang daripada kosong, memang ambil masa nak siapkan ‘production line’ sepenuhnya.

    Pertama sekali, kita dapatkan sijil MeSTI KKM selepas itu kita mohon halal.

    Dan selepas ini kita akan mohon pula sijil lain yang seterusnya, step by step.

    Khairul menjelaskan perkara tersebut selepas ada yang mempertikaikan status halal produk makanan yang dijualnya sebelum ini.

    MENARIK:  Baim Wong Puji Bakat Anna Jobling, Pilih Jadi Watak Utama Filem Lembayung Dalam Masa Sehari!

    Sijil halal nak naik taraf kilang

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

    Tambah pempengaruh berusia 32 tahun itu lagi, permohonan sijil halal yang dibuat adalah bertujuan untuk menaiktaraf kilangnya di samping menambah keyakinan pelanggan terhadap produk jualannya.

    Sudah tentu kita masak yang halal sebab saya sendiri nak makan produk saya itu.

    Sijil halal ini kita mohon sebab nak naikkan taraf kilang dan nak bagi keyakinan bahawa kilang, pembekal dan proses makanan kita bukan sahaja bersih dan selamat tetapi juga disahkan halal semuanya.

    Sekarang, kita dah boleh plan untuk kembangkan lagi market jualan selepas dapat sijil halal, insya-Allah.

    Terdahulu, Khairul Aming meluahkan rasa syukur dan teruja apabila kilang pemprosesan makanan miliknya mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah