29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banyak Kongsi Pengaruh Positif, Atikah Suhaime Tidak Anggap Diri Sebagai ‘Role Model’ – ‘Selalu Terfikir Bila Berhenti Berlakon Akan Hilang’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime mengakui dirinya bukanlah sosok yang sesuai dijadikan contoh (role model) walaupun sering memberi pengaruh positif kepada orang ramai.

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Akui Tidak Mudah Jadi Usahawan, Jadikan Aliff Syukri & Neelofa Sebagai Idola

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’

    Role model

    Ketika dihubungi , pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, bagaimanapun menzahirkan rasa syukur apabila ramai yang menerima baik tentang perkongsiannya di media sosial.

    Pun begitu, Atikah tidak menafikan peranannya sebagai seorang selebriti membawa pengaruh besar dalam kehidupan orang sekeliling.

    Sebenarnya saya tidak rasa diri saya adalah role model. Saya buat perkara yang orang lain buat tapi mungkin sebab sebelum ini saya pernah jadi pelakon jadi apa yang saya buat orang hebohkan.

    Tapi terima kasih sangat mungkin rezeki keluarga saya. Walaupun saya tidak berlakon tapi orang masih bercakap tentang saya.

    Malah, pelakon drama Si Kolot Suamiku itu berkata dia pernah merasakan dirinya seakan lenyap dari perhatian kerana tidak aktif berlakon.

    Saya selalu terfikir apabila sudah berhenti berlakon saya akan ‘hilang’ selamanya.

    Walaupun sudah berhenti berlakon tapi masih lagi jadi bualan orang ramai.

    Untuk info, Atikah tercalon dalam kategori Selebriti Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.

    MENARIK:  Syifa Melvin Tak Setuju Budaya Periksa Telefon Pasangan – ‘Kalau Buat Benda Tak Elok, Banyak Cara Tuhan Akan Tunjuk’

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.

    Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.

    Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.

    The post Banyak Kongsi Pengaruh Positif, Atikah Suhaime Tidak Anggap Diri Sebagai ‘Role Model’ – ‘Selalu Terfikir Bila Berhenti Berlakon Akan Hilang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah