Ekoran seni bina unik serta nilai sejarah yang tinggi, Bangunan Abdul Samad di Dataran Merdeka kini menjadi perhatian utama pelancong tempatan dan luar negara.
Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Ungguli Persada Pelancongan Global, Bakal Jadi Tumpuan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahu Percutian Lancar Tanpa Stres? Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melancong Ke Luar Negara
Simbol warisan
Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan seperti pameran miniatur yang menggambarkan perkembangan ibu kota serta paparan sejarah yang informatif di Bangunan Sultan Abdul Samad.
Selain itu, lokasinya yang strategik turut memudahkan pengunjung kerana terletak berhampiran rangkaian pengangkutan awam.
Struktur bersejarah tersebut kekal menjadi tumpuan pelancong luar negara dan penduduk tempatan kerana keunikan reka bentuk seni binanya serta kepentingan sejarah yang terkandung di dalamnya, sekali gus mengangkatnya sebagai salah satu mercu tanda warisan utama di Kuala Lumpur.
Reaksi pelancong

Memetik sumber Berita Harian, pelancong tempatan dari Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Siti Rubiah Mohd Ramli, meluahkan rasa teruja kerana berkesempatan memasuki bangunan ikonik tersebut.
Saya menunggu hampir 50 tahun untuk masuk ke bangunan ini dan selama ini hanya melihat dari luar.
Bangunan ini memang cantik dan agak sayang kerana sebelum ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Kerja pengubahsuaian yang dilakukan memberi nafas baharu kepada bangunan berkenaan dan menjadikannya satu lagi bangunan ikonik yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Selain itu, beberapa pelancong luar negara juga turut hadir melawat bangunan bersejarah tersebut bagi mendalami sejarah serta budaya Malaysia dengan lebih dekat.
Kami memperoleh maklumat mengenai bangunan ini menerusi internet dan menganggapnya antara lokasi wajib dikunjungi.
Saya dan rakan tertarik untuk melihat bangunan ini serta mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah Malaysia.
Kawasan ini sangat indah dengan seni bina yang mempunyai nilai sejarah tersendiri, selain menawarkan suasana tenang serta diperkaya elemen semula jadi.
Sumber: Berita Harian
The post Bangunan Sultan Abdul Samad Dibuka Kepada ‘Public’, Masuk Percuma Sepanjang Februari! first appeared on OHBULAN!.





