26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azfar Heri Tenang Balas Komen Netizen Malu Kalau Ada Adik OKU – ‘Buat Apa Malu, Dia Pun Macam Kita Juga’

    Shopee Sale



    Pempengaruh terkenal, Azfar Heri tenang membalas komen seorang individu terhadap adik istimewanya yang dikenali sebagai Afif di aplikasi X.

    ‘Malu dapat adik macam itu’

    Menerusi hantaran video yang dimuat naik Azfar, pengguna aplikasi X berkenaan meninggalkan komen bahawa dia pasti akan malu sekiranya keluar bersama seorang adik yang berkelainan upaya.

    Kalau aku ada adik macam itu, aku malu.

    Tidak berdiam diri, Azfar kemudiannya tampil membalas komen tersebut sambil memaklumkan seseorang itu tidak perlu malu jika dikurniakan seorang yang kelainan upaya kerana mereka juga makhluk Allah SWT.

    Hey kenapa nak kena malu, jangan malu, dia pun manusia sama macam kita juga.

    Tindakan Azfar yang begitu tenang dan tidak melenting menjawab komen individu tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara pempengaruh itu berdepan dengan komen toksik di media sosial.

    Netizen juga memuji Azfar yang tidak segan untuk berkongsi momennya bersama adik kesayangannya itu di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Dalam Proses Penghijrahan, Saya Tak Mahu Orang Nampak Saya Ini Sangat Suci & Alim’ – Nora Danish

    Komen netizen

    Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah