Seorang warga emas yang berusia 70 tahun mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jurugambar P*kul Razman Razmi Mengaku Tak Bersalah, Diikat Jamin RM7,000
Mengaku tak bersalah

Memetik laporan MalaysiaGazette, tertuduh yang dikenali sebagai Jaafar Taib dilaporkan telah melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Klebang dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 2 petang awal Februari 2023.
Mengikut pertuduhan, Jaafar yang juga merupakan seorang pesakit jantung difahamkan melakukan amang seksual dengan cara meraba kemaluan dan payudara mangsa bagi tujuan seksual.
Sementara itu, peguam yang mewakili Jaafar iaitu Kent Tan kemudiannya memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya itu mengidap sakit jantung dan darah tinggi.
Hakim Haderiah Siri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah, melapor diri setiap bulan di balai polis terdekat dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Sekiranya didapati bersalah, Jaafar boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.
Sumber: MalaysiaGazette
The post Atuk Ada Penyakit Jantung Mengaku Tak Bersalah C*bul Remaja 14 Tahun first appeared on OHBULAN!.





