27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atilia Haron Jelaskan Isu Threads, Hubungan Dengan Penyanyi Terkait Kekal Baik – ‘Ia Tidak Merujuk Kepada Sesiapa’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Atilia Haron menjelaskan hubungannya bersama penyanyi terkenal tanah air tetap baik walaupun sebelum ini timbul salah faham yang dibangkitkan oleh segelintir pihak.

    Artikel Berkaitan: Atilia Haron Bangga Umur Cecah 51 Tahun, Tidak Setuju Perlu Dirahsiakan – ‘Saya Percaya Boleh Beri Inspirasi Kepada Orang Lain’

    Artikel Berkaitan: Atilia Haron ‘Muak’ Penyanyi Salahkan Juruaudio – ‘Kalau Betul Sedap, Nyanyi Dalam Longkang Pun Sedap’

    Hubungan baik

    Ketika ditemui , pemilik nama Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, berkata sebaik sahaja timbul salah faham itu, dia terus menghubungi penyanyi itu untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

    Jelas penyanyi lagu Bahagiaku itu, dia tidak menyangka isu itu menjadi besar namun berasa lega apabila penyanyi tersebut memberi respon yang positif.

    Saya hubungi penyanyi itu, sebab saya rasa bersalah.

    Saya juga tidak mahu orang salah faham tetapi dia cakap dia okay dan faham hantaran saya di Threads itu tidak ditujukan kepadanya.

    Hubungan kami okay. Saya pun ada tengok video temu bual dia dan tidak sangka isu tersebut jadi besar. Ia cuma salah faham.

    Atilia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran Wardah Fashionably Modest Asia 2025 di Damansara pada Rabu.

    Umum

    Menceritakan kembali, Atilia berkata hantaran itu dibuat secara umum dan tidak ditujukan pada mana-mana pihak.

    Disebabkan perkara itu, Atilia berkata dia lebih berhati-hati dalam berkongsi pendapat secara umum terutamanya di media sosial kerana kerana bimbang ia disalaherti.

    Itu adalah kali pertama saya berkongsi pandangan tetapi saya tidak bercerita tentang sesiapa. Saya kongsi secara umum saja.

    Saya peminat Norah Jones sampai mikrofon pun saya punya sama dengan dia. Saya cuma cakap kalau Norah Jones penyanyi di Malaysia dia tidak akan menang award sebab dia menyanyi dengan nada yang tidak tinggi.

    Hantaran itu tidak merujuk kepada sesiapa.

    Saya pun tidak menonton televisyen pada ketika itu jadi tidak tahu ada award show yang berlaku dan orang kaitkan hantaran itu dengan penyanyi tersebut.

    Terdahulu, Atilia memuat naik hantaran di media sosial membandingkan industri tempatan dengan penyanyi antarabangsa seperti Norah Jones dan Sade yang mampu menawan dunia tanpa perlu meninggikan tona suara.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafiz Mahamad Hargai Usaha Syafiqah Aina Uruskan Kedua Anak – ‘Benda Yang Awak Buat Itu Tak Mudah’

    Bagaimanapun perkongsian itu meraih perhatian apabila segelintir individu memetik beberapa penyanyi terkenal termasuk Aina Abdul yang menang besar di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

    Dalam perkembangan terkini, Atilia hadir kembali dengan lagu baharu berjudul Rekah, yang penuh dengan mesej introspeksi dan kekuatan jiwa.

    Kini, lagu yang menonjolkan keberanian dan penerimaan diri ini boleh dinikmati di Spotify dan Apple Music.

    The post Atilia Haron Jelaskan Isu Threads, Hubungan Dengan Penyanyi Terkait Kekal Baik – ‘Ia Tidak Merujuk Kepada Sesiapa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah