Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi tip mengamalkan pemakanan sihat dengan cara yang lebih praktikal tanpa perlu berbelanja besar.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Amuk ‘Mak Cik Bawang’ Dakwa Ikan Pari Bisa Badan – ‘Kalau Tak Awet Muda, Saya Tak Perlukan Nasihat Awak’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Eat clean

Menerusi ruangan komen di Threads, Atikah berkata tidak perlu berbelanja mahal untuk mengamalkan pemakanan sihat, sebaliknya memadai dengan pilihan ringkas seperti ulam.
Murah saja. Beli ulam kemudian buat sambal kering tanpa gula, gril ikan kerisi dan makan dengan nasi yang sikit. Selesai.
Perkongsiannya itu kemudian mencuri perhatian ramai apabila segelintir netizen menzahirkan penghargaan kerana sudi berkongsi cadangan menu diet yang mesra bajet.
Sebelum ini, seorang individu meminta orang ramai berkongsi tips diet bajet yang tidak memerlukan perbelanjaan besar, memandangkan kos untuk mengamalkan gaya hidup sihat sering dianggap mahal.
Menurutnya, secara kasar kos perbelanjaan makanan biasa agak murah berbanding kos mengamalkan pemakanan sihat.
Sumber: Threads
The post Atikah Suhaime Kongsi Menu Eat Clean Bajet Murah – ‘Beli Ulam, Buat Sambal Kering Tanpa Gula’ first appeared on OHBULAN!.





