31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atikah Suhaime Faham Mengapa Ibu Bapa Letak Hantaran Tinggi – ‘Bukan Senang Nak Lepaskan Anak Dekat Orang Lain’

    Shopee Sale

    Pelakon Atikah Suhaime mengakui pengalaman bergelar ibu membuatkan dia kini lebih memahami mengapa ada segelintir ibu bapa meletakkan hantaran tinggi buat anak perempuan mereka.

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Dedah Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati – ‘Adakah Ini Normal?’

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Dedah Diet Sepanjang Tahun – ‘Mak Darah Pakistan, Senang Gemuk’

    Pengalaman Atkah Suhaime

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime berkata perasaannya itu berubah sepenuhnya selepas kelahiran anak perempuannya, Mulan.

    Malah, pengalaman bergelar ibu membuatkan dia kini melihat banyak perkara dari sudut berbeza, selain lebih memahami kerisauan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.

    Setelah ada Mulan, baru Tika faham kenapa mama mintak hantaran tinggi.

    Young girls, please listen to your parents. Tak yah nak ‘woke’ sangat cakap hantaran tak perlu semua.

    Menurut Atikah, perasaan itu juga hadir selepas dia melalui beberapa detik mencemaskan ketika membawa Mulan bercuti di pantai, baru-baru ini.

    Hari ini saja rasa sakit jantung beberapa kali. Saya nampak tenang, padahal dalam otak macam nak gila.

    Mulan tiba-tiba rashes selepas kena air laut. Luckily Mulan masih susu badan, terus hilang rashes. 

    Kedua Mulan menangis waktu makan nampak macam sakit. Rupanya pampers dia penuh, minta tukar. 

    Thirdly, ketika makan, Tika nampak semut merah merayap dekat tangan Mulan. Again my heart stopped. 

    Lastly, ternampak netizen cakap sini ada obor-obor. Padahal dari tadi snorkeling dengan Mulan. I feel like sakit jantung tau.

    Disebabkan pengalaman tersebut, Atikah mengakui dia kini lebih memahami naluri seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi anak perempuan mereka walaupun sudah dewasa.

    MENARIK:  ‘Kenapa Ramai Suka Beli Barang & Bayar Guna Cara COD? Bayar Online Lebih Mudah’ – Atikah Suhaimie

    Tambah pelakon itu lagi, sebagai seorang ibu, bukan mudah untuk melepaskan anak perempuan kepada orang lain suatu hari nanti.

    Kalau Mulan tanya Tika nanti kenapa Mami mintak hantaran tinggi? It’s not easy to let go of your girl to someone else.

    Ia bukan soal jumlah hantaran, tapi… ‘Kau ingat aku nak lepaskan anak aku macam tu saja ke?’

    Sumber: Threadas Atikah Suhaime

    The post Atikah Suhaime Faham Mengapa Ibu Bapa Letak Hantaran Tinggi – ‘Bukan Senang Nak Lepaskan Anak Dekat Orang Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah