
Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime meluahkan rasa berang apabila segelintir warganet bertindak ‘menyerangnya’ gara-gara makan hidangan asam pedas ikan pari yang dimasak oleh ibunya.
TikTok dah tak selamat

Tidak tahan dengan tindakan keterlaluan itu, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, menegaskan ibunya tahu mana baik dan buruk untuk dirinya dan bayi.
Dakwa warganet, ikan pari mempunyai bisa dan tidak sesuai dimakan oleh wanita yang baru bersalin.
Ada ke patut rata-rata yang komen di TikTok kata ‘pari berbisalah’, nanti ‘anak saya kembunglah’.
Takkanlah mama saya nak racun anak sendiri? Agaklah.
Selepas itu, sibuk lagi cakap pasal makanan pantang, padahal saya dah habis pantang.
Orang yang komen pasal makanan pantang masing-masing sudah macam peti sejuk tiga pintu.
Tiada ada satu pun yang sibuk komen pasal pantang, awet muda macam mama saya.
Awak fikir saya nak dengar cakap awak?
Seloroh ibu kepada Lyla Mulan Teh, dia enggan menuruti nasihat daripada individu yang tidak menitikberatkan penjagaan tubuh badan.
Kalau awak tak nampak awet muda, badan slim, tolong saya tidak perlukan nasihat awak berkaitan pantang.
Awak nasihat dan cantikkan diri sendiri dulu baru nasihat orang lain.
Ada hati nak cakap itu ini, sudahlah macam senduk je masing-masing.
Sebelum ini, perkongsian video Atikah menjamah hidangan asam pedas pari meraih pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Warganet mendakwa ikan pari terlalu berbisa buat ibu yang baru lepas bersalin dan juga bayi.





