Seorang wanita nekad menerjah majlis perkahwinan bekas suaminya demi menuntut lelaki terbabit untuk menyelesaikan kes mereka di mahkamah.
Artikel Berkaitan: Suami ‘Provider’ Dakwa Isteri Ada Hubungan Sulit Dengan Jejaka Medan
Artikel Berkaitan: Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian – ‘Dia Sendiri Yang Curang, Lepas Itu Acah Tersakiti’
Majlis perkahwinan

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, wanita tersebut hilang sabar berikutan bekas suaminya itu didakwa tidak memberikan kerjasama.
Justeru, dia mengambil tindakan untuk menyerbu bekas suaminya di sebuah masjid dengan membawa dokumen mahkamah untuk ditandatangani.
Lima kali tak datang, tiga kali mahkamah hantar saman tapi ibu bapa dia tak nak terima sebab dia tak ada.
Sekarang aku nak serahkan sendiri.
Aku pernat kerja hari-hari untuk nafkah anak, dia boleh kahwin.
Tak ada alasan! Tahu je tukar tarikh kahwin hari ini aku terus pecut.
Curang dengan isteri

Menurut dakwaan wanita berkenaan, bekas suaminya itu curang ketika mereka masih lagi bergelar suami dan isteri selain nafkah juga diabaikan.
Nafkah anak dan iddah tertunggak.
Aku koyak rahim bukan terkoyak vagina, anak dia dekat NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) berbulan tapi mereka boleh berdua-duaan lagi sedangkan tahu aku tengah sakit beranak.
Sekarang dah dua tahun cerai, hal mahkamah tak nak mudahkan.
Menurut wanita itu, dia mengenali isteri kepada bekas suaminya tersebut dan mendakwa mereka menjalinkan hubungan ketika dia sedang hamil.
Dia baru sahaja bercerai, kemudian bercinta sewaktu itu dengan suami aku semasa aku sedang hamil.
Lepas bersalin pun dia masih teruskan dan sudah banyak kali kantoi.
Dalam WhatsApp berlambak suruh ceraikan aku cepat-cepat, siap tak bagi suami aku pegang tangan aku lagi.
Setahun juga, sampai kantoi baru ceraikan aku.
Macam-macam plan supaya aku dikira nusyuz.
Pada akhir video, wanita itu membaca doa dan bersumpah agar mereka turut ditimpa balasan di atas penganiayaan yang telah dilakukan terhadapnya.
Sumber: IG Lisaa_aa
The post Wanita Serbu Majlis Nikah Bekas Suami, Bawa Anak & Dokumen Mahkamah – ‘Aku Penat Cari Nafkah, Kau Boleh Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.





