26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ashraf Muslim Putus Tunang?

    Shopee Sale



    Selepas pemergian Firdaus (Zamarul Hisham), Amir (Ashraf Muslim) bertekad untuk menjaga anak-anak saudara serta menjalankan amanah yang diberikan oleh arwah abangnya.

    Kerap jumpa anak saudara

    Amir kerap datang bertemu anak-anak saudaranya untuk memberi kata semangat kepada mereka dan berjaya menceriakan semula anak-anak serta berjanji akan cuba menggantikan tempat arwah abangnya.

    Sehinggalah Misha berkahwin dengan Nordin, hubungan Amir semakin rapat dengan anak-anak Misha berbanding dengan Misha (Fasha Sandha).

    Sofea (Chacha Maembong), tunangan Amir semakin sakit hati apabila Amir selalu membatalkan rancangan mereka untuk keluar bersama kerana melebihkan anak-anak saudaranya. Sofea mula rasa terancam dan takut akan Amir menjalinkan hubungan dengan Misha. Dari situ Sofea mula melancarkan ‘perang’ dengan Misha.

    Misha dan Nordin yang mabuk bercinta sehingga tidak sedar tentang kehilangan anak pertamanya, Yana, membuatkan Amir mula merasakan Misha sudah tidak peduli akan anak-anaknya.

    Manakala Nordin pula cuba sehabis baik untuk membuat Amir percaya tentang keikhlasannya menyayangi Misha dan menganggap anak-anak Misha seperti anak kandungnya sendiri walaupun Amir tidak putus-putus menyalahkan Nordin. 

    Kes kehilangan Yana belum selesai, namun musibah baru menimpa apabila Rizal, anak lelaki Misha turut diculik ketika dia menyertai pertandingan ‘E-sport’. Amir berjaya mendapatkan rakaman tentang penculikan Rizal. Manakala, Nordin pula berjaya mendapatkan bukti Yana dan Rizal diculik oleh kumpulan yang sama melalui rakaman.

    MENARIK:  ‘Suami Akur Dengan Permintaan Individu Itu Untuk Ceraikan Dia, Saya & Anak Tak Pernah Paksa’ – Madu Nora Ariffin

    Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah anak-anak Misha benar-benar diculik atau ianya hanya sebuah komplot? Adakah Amir yang menculik anak-anak Misha kerana ingin mendapatkan perhatian daripada Misha?

    Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton, Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah