Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Terharu Rakan Artis Prihatin, Zizan, Lando Zawawi & Mamat Sepah Antara Hulur Bantuan
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Pakai Duit Untuk Beli Pampers, Susu & Stoma Bag Ayah’ – Amir Raja Lawak Merayu Stesen TV Lunaskan Hutang RM18,000
Amir terima bantuan
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Anwar dilihat sempat melawat restoran milik pelawak berusia 36 tahun itu yang terletak di Kota Bahru, Kelantan.
Dalam pada itu, Amir juga difahamkan menerima bantuan daripada Anwar ekoran isunya yang tular mengenai stesen televisyen popular yang culas daripada membayar bayaran miliknya.
Sebelum pulang, saya sempat ketemu saudara Mohammad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak di restorannya yang terletak tidak jauh dari Stadium Sultan Muhammad IV.
Saya zahir simpati pada saudara Amir yang berdepan ujian apabila bapanya menghidap masalah kesihatan yang serius.
Saya titipkan pesan supaya saudara Amir terus tabah berdepan dugaan ini, dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ujian yang dihadapi.
Pada akhir perkongsian, Anwar menitipkan doa buat ayah Amir yang menghidap kanser usus agar kembali sembuh seperti sedia kala.
Mendoakan saudara Amir dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan.
Semoga Allah SWT mengurniakan afiah dan kesembuhan pada bapanya, InsyaAllah.
Terdahulu, Amir memuat naik hantaran mendakwa bayarannya bersama sebuah stesen televisyen masih tertunggak.
Dakwa Amir, dia hanya menerima sebahagian bayaran iaitu RM5,000 daripada jumlah keseluruhan yang mencecah RM23,000.
Amir kemudiannya berkongsi hantaran dirinya yang terpaksa menjual kereta kesayangannya jenis Proton Juara pada Sabtu lalu.
Sumber: Instagram @anwaribrahim_my
The post Anwar Ibrahim Simpati Atas Ujian Yang Menimpa, Titip Pesanan & Hulur Bantuan Buat Amir Raja Lawak first appeared on OHBULAN!.