28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anis Suraya Tak Akan Kembali Ke Industri, Kini Bergelar Pensyarah Di Terengganu – ‘Nyanyi Di TikTok Lepaskan Rindu’

    Shopee Sale

    Penyanyi era 90-an, Anis Suraya, menegaskan keputusan untuk tidak kembali aktif dalam dunia nyanyian secara mainstream adalah muktamad, meskipun namanya masih dikenang menerusi lagu malar segar seperti Cinta Tersimpul Rapi dan Selamilah Hati Ini.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Degil, Bakal Keluar Lagu Raya – ‘Ramai Suruh Berhenti Menyanyi’

    Undur diri dari industri

    Anis berkata, dia sebenarnya tidak pernah menghilang daripada dunia seni muzik, sebaliknya memilih bergerak dalam laluan berbeza yang lebih selari dengan keutamaan hidupnya ketika ini sebagai seorang isteri dan ibu.

    Saya masih lagi bergiat, tetapi dalam divisyen yang berbeza. Saya tak pernah terlintas untuk masuk GV atau kembali ke industri.

    Saya tak menghilang, saya masih ada. Cuma hilang daripada industri sebab saya tak lagi berada di bawah mana-mana syarikat rakaman, itu sahaja.

    Saya hanya menyanyi di TikTok sahaja dan ia sekadar untuk saya melepaskan rasa rindu pada dunia yang saya cintai. Sebab dari kecil memang saya nak menyanyi.

    Tambah Anis, kemungkinan untuk kembali ke dunia arus muzik perdana seperti dahulu tidak akan berlaku dan pintu ‘glamour’ telah pun tertutup buat dirinya.

    Kembali semula ke dunia mainstream tidak akan berlaku. Memang tidak akan terjadi. Tapi minat menyanyi masih membara. Hanya untuk undangan sahaja.

    Dalam masa sama, Anis kini lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga serta membina kerjaya dalam bidang lain yang masih berkait rapat dengan seni.

    Sekarang saya masih belajar seni, tapi bukan dalam bidang suara semata-mata. Saya juga buat kerja part-time sebagai pengacara majlis dan itulah sumber rezeki yang saya peroleh untuk terus aktif.

    Saya cuba jadi pengacara majlis dan juga part-time pensyarah. Pensyarah dalam bidang seni suara. Alhamdulillah, itu mungkin jalan terbaik untuk saya dekat dengan keluarga.

    Mengulas mengenai sokongan keluarga, Anis mengakui suaminya tidak pernah menghalang minatnya terhadap nyanyian, namun kurang bersetuju jika dia kembali aktif sepenuhnya.

    Suami saya tak pernah menghalang saya menyanyi. Cuma dia kurang suka saya menyanyi berada dalam industri lagi, cukuplah.

    The post Anis Suraya Tak Akan Kembali Ke Industri, Kini Bergelar Pensyarah Di Terengganu – ‘Nyanyi Di TikTok Lepaskan Rindu’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Hana Hamil Cahaya Mata Kedua, Da’i Syed Mohon Doa Buat Keluarga Kecil

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah