Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee menafikan dakwaan kononnya penurunan berat badannya yang ketara berpunca daripada pengambilan barangan terlarang atau unsur mistik.
Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Cabar Diri Hayati Watak ‘Duda Hot’ Menerusi Drama Boleh Saya Bantu? 2
Hilang 20 Kg

Andi atau nama lengkapnya Andi Azrul Andi Mapangile, 33, menjelaskan, penurunan hampir 20 kilogram yang dialaminya berlaku secara semula jadi hasil daripada perubahan gaya hidup dan cara pemakanannya sejak sembilan bulan lalu.
Penurunan berat badan saya tiada kaitan dengan pengambilan barangan terlarang ataupun unsur mistik. Tolong jangan kaitkan dengan benda-benda macam tu sebab kita dah berada di tahun berapa.
Semuanya bermula ketika penggambaran drama Boleh Saya Bantu 2, saya mula perasan dagu dah berlapis, perut pun ke depan. Itu yang buat saya tersedar dan rasa perlu lakukan sesuatu.
Saya sebelum ini makan enam kali sehari, kalau makan memang berselera, namun sekarang saya hanya makan dua kali dengan kuantiti yang sedikit, lebih kurang hidangan kanak-kanak.
Berat sekarang saya adalah 46 kg, itu pun saya ‘check’ dua minggu lalu selepas saya alami cirit-birit akibat keracunan makanan.
Andi ditemui ketika sesi fotografi drama Tonton Original Me.N.U di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.
Meskipun berpuas hati dengan perubahan fizikalnya sekarang, Andi berkata, ramai pihak menyangka dia sedang mengalami masalah kesihatan serius kerana kelihatan terlalu kurus.
Orang pertama yang tegur saya adalah pengurus saya sendiri, Nasir Deraman. Lepas tu masa raya, ramai ahli keluarga pun tanya saya sakit ke sebab nampak lain sangat.
Tapi saya tak kisah pun, sebab sekarang saya dah boleh pakai balik baju-baju lama. Itu yang paling best.
Bagaimanapun, pelantun lagu Donde ini berkata, dia kini sedang berusaha untuk menaikkan semula berat badan sedikit supaya tidak terlalu kurus.
Saya sedang cuba naikkan sikit berat badan. Kalau boleh, biarlah dalam 50 lebih, janji tak cecah 60 kilogram. Sekarang saya pun kerap makan lewat malam sikit untuk bantu naikkan berat.
Dalam perkembangan lain, Andi digandingkan dengan Nabila Razali dalam drama Me.N.U.
The post Andi Bernadee Mahu Naikkan Berat Badan, Hilang 20 Kg Sejak Sembilan Bulan Lalu – ‘Sekarang Saya 46 Kg’ first appeared on OHBULAN!.





