Anak sulung kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Abby Abadi Untuk Anak Undang Sebak – ‘Kalau Nanti Kamu Rasa Dunia Ini Berat..Pulanglah’
Danish bertunang

Berita gembira itu dikongsikan oleh Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menerusi perkongsian di Instagram.
Danish, 23 bertunang dengan gadis asal Singapura dikenali sebagai Shalinda.
Abby turut berkongsi foto dia menyarungkan cicin di jari manis Shalinda yang anggun menyarung busana berona merah jambu.
Alhamdulillah selamat bertunang Danish dan Shalinda. Semoga Allah mudahkan segala urusan untuk ke fasa seterusnya.
Majlis pertunangan itu turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan saudara mara.
Danish merupakan anak hasil perkahwinan Abby dengan bekas suami, aktor Norman Hakim.
Untuk rekod, Abby dan Norman berkahwin pada 2002 sebelum sah berpisah pada 2009.
Selain Danish, pasangan itu memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sumber: Instagram
The post Anak Sulung Abby Abadi & Norman Hakim Selamat Bertunang first appeared on OHBULAN!.





