25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Lelaki Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi! Kali Ini Dalam Acara Larian 200m Kejohanan Olahraga MSSD

    Shopee Sale



    Selepas pecah rekod dalam acara 100 meter (m), anak kepada aktres Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin sekali lagi menjadi johan acara larian 200 meter di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam, pada Khamis.

    Anak pecah rekod acara larian

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

    Berita gembira itu dikongsikan Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, di Instagram rasmi miliknya.

    Alhamdulillah, berita gembira dan rezeki Rayyan dan MRSM SUBES hari ini.

    Rayyan pecah rekod lagi.

    Tambah Rita lagi, catatan itu sekaligus menjadikan anak lelakinya mencipta rekod baharu dalam acara larian tersebut berbanding tahun lepas.

    Berkat doa, kerja keras, sokongan dan semangat daripada semua orang yang sayang Rayyan.

    Sebagai ibu bapa Rayyan, mommy bangga!

    Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Rita dan Aidil kemudian sah bercerai pada September 2013.

    MENARIK:  Didie Alias Nafi Cemburu Anna Jobling Jadi Juri Program Lawak – ‘Apa Guna Ramai Pelakon Komedi Wanita Seperti Rosnah Mat Aris?’

    Selain Rayyan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah