25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 12, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amylea Berhasrat Untuk Menyaman Individu Yang Memanfaatkan Kisah Arwah Bapanya Untuk Meningkatkan Jualan Insurans

    Shopee Sale



    Pelantun suara ‘Miris’ iaitu Amylea Azizan menggesa seorang ejen insurans yang menggunakan kisah penyakit ayahnya sebagai modal promosi agar membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.

    Padam kandungan di media sosial

    Memetik laporan Kosmo, individu tersebut diminta memadamkan kandungan dalam media sosial yang dianggap memfitnah bapanya, Allahyarham Azizan Zainal Abidin.

    Sebelum saya saman, tolong beritahu pemilik akaun tersebut turunkan (kandungan media sosial) dan buat permohonan maaf secara terbuka.

    Disebabkan hantaran itu, telah jatuh fitnah terhadap arwah ayah. Anda semua kena faham ketika Covid-19 hospital kerajaan penuh.

    Ujar Amylea, posting milik individu tersebut didakwa turut membuatkan keluarganya tersinggung.

    Sebagai seorang ejen insurans, Amylea berkata, individu tersebut perlu mempunyai kredibiliti serta bersikap telus, bukan mempergunakan kesusahan orang lain demi mengaut keuntungan semata-mata.

    Kalau nak jual insurans pun beragaklah. Jangan sampai ‘posting’ kau buatkan sakit hati keluarga aku. Dalam masa sama buat orang (netizen) mengata keluarga kami dan arwah sekali. Kalau bapa kau tak diterima di hospital kerajaan sebab penuh kes Covid-19, kau biarkan begitu sahaja?

    MENARIK:  [VIDEO] Dahlia Rizal Tayang Kereta Baru Suami, BYD Jadi Pilihan Imran Aqil

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah