29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Papa Doa Apa Yang Marissa Bisik Di Telinga, Allah Makbulkan’ – Norman Hakim

    Shopee Sale

    Perkongsian terbaharu pelakon Norman Hakim di Instagram mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video memaparkan momen solat berjemaah bersama anaknya, Marissa Dania.

    Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Kongsi Mesej Kecaman, Netizen Tergamak Doa Keburukan Terhadap Anak-Anak

    Doa diangkat

    Menerusi kapsyen yang ditulis, Norman berharap agar setiap doa yang dipanjatkan oleh anaknya itu dimakbulkan Allah.

    Papa doakan apa yang adik (Marissa) bisik di telinga papa masa salam raya baru-baru ini, Allah makbulkan, insya-Allah.

    Walaupun tidak memperincikan maksud sebenar di sebalik perkongsian tersebut, ramai yang mengaitkannya dengan kemelut rumah tangga Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam yang kini sedang melalui fasa perpisahan.

    Dalam pada itu, Norman turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan anaknya.

    Terima kasih atas doa dan sangkaan yang baik-baik untuk anak solehah ini. Kami sayang awak Marissa.

    Terdahulu, Marissa mendedahkan bahawa dia dan suami kini sedang berdepan episod perpisahan selepas dua kali lafaz talak berlaku sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

    MENARIK:  Kerajaan Berhenti Berikan Elaun Bantuan Kepada Pengemis yang Mampu Jana Pendapatan RM2k Sebulan Melalui Memiliki Proton X70

    Malah, dia turut berkongsi bahawa dirinya tidak menerima hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya.

    Untuk rekod, pasangan berkenaan pernah hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang berlaku sebanyak dua kali.

    Kali pertama pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama, dan sekali lagi pada April 2025 sebelum difahamkan kembali rujuk sekitar Jun tahun sama.

    Marissa merupakan isteri kedua kepada Aslam selepas mereka bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023, ketika Aslam masih lagi bergelar suami kepada isteri pertamanya yang dinikahi sejak Julai 2020.

    Difahamkan juga, pasangan ini pernah melalui perceraian pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Papa Doa Apa Yang Marissa Bisik Di Telinga, Allah Makbulkan’ – Norman Hakim first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah