28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Teega Menemani Aisyah Hijanah di Hospital dan Menyambut Kelahiran Anak Ketiga dengan Penuh Sukacita

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor berjalan lancar, semalam. Tahniah!

    Kuat sungguh dia

    Menurut Aisyah, suaminya iaitu Aliff Teega sempat menyambut dan mengiqamatkan bayi perempuan mereka sambil diperhatikan pegawai perubatan.

    Ujar Aliff pula, Aisyah seorang wanita yang kuat.

    Alhamdulillah, moment paling indah sebelum bersalin. Walau menahan sakit, sampai muntah. Aisyah tetap senyum, buat lawak lagi. Subhanallah kuat sungguh dia. Moga jadi inspirasi buat semua wanita diluar sana amin.

    Terdahulu, Aisyah memberitahu dia tidak berdepan alahan sepanjang kehamilan Malah dia masih boleh melakukan aktiviti lasak meskipun sedang sarat hamil.

    Dari awal memang Aisyah tak ada alahan langsung. Muntah tak ada, pening tak ada. Seolah-olah saya tidak hamil langsung.

    Malah, kerja pun macam orang biasa. Saya masih ingat hari-hari saya membuat siaran langsung untuk TikTok setiap hari.

    Tujuh bulan panjat puncak dekat Pulau Rawa, lima bulan naik jetski dekat Langkawi dan lapan hingga sembilan bulan kerja dekat pesta buku Alhamdulillah.

    MENARIK:  #SisBoleh & GrabBenefits: Inisiatif Hebat Untuk Rakan Wanita Grab

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah