
Usahawan terkenal, Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila menerima Anugerah Ikon Usahawan di Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025.
Ikon usahawan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berterima kasih pada ibunya, Bonda Rozita dan isteri iaitu Shahida atas doa yang sentiasa mengiringinya sehingga kini.
Pada perkongsian itu, anugerah yang diterima disampaikan oleh YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Terima kasih doa mak saya dan isteri saya yang sentiasa bersama saya.
Alhamdulillah, rezeki tak sangka, malam ini saya rasa amat bertuah dapat menerima Anugerah Ikon Usahawan.
Terima kasih saya ucapkan di atas penghargaan ini.
Ianya membuatkan saya ingin lebih berusaha untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
Netizen ucap tahniah




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada usahawan berusia 38 tahun itu. Selain itu, warganet turut menyatakan bahawa Aliff Syukri layak menerima Anugerah Ikon Usahawan dengan kerajinan yang komited dalam berniaga.





