Pelawak dan pelakon Ali Puteh meluahkan rasa kesal apabila seorang individu menfitnah dirinya dengan mendakwa dia menggunakan wang milik orang lain untuk berniaga.
Difitnah
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Ali memuat naik tangkapan skrin layar yang memaparkan komen kurang baik yang ditinggalkan individu berkenaan di Instagram miliknya.
Malah, individu tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat dengan menulis perkataan ‘bodoh’.
Enggan berdiam diri, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan nekad untuk bersemuka dengan individu terbabit.
Tegas Ali, dia meminta individu itu untuk menghubunginya dan memohon maaf di atas tindakan kurang bijak yang dilakukan.
Menurut Ali, sekiranya individu terbabit tidak berbuat demikian sehingga Selasa, dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis.
Sementara itu, menerusi beberapa siri hantaran pada entri sama, adik kepada pelawak arwah Abam itu turut memaparkan wajah pelaku tersebut berserta beberapa info.