27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #AJL39: Hafiz Suip Pertama Kali Pulang ‘Tangan Kosong’, Jawab Dakwaan Suara ‘Terkucil’ – ‘Saya Manusia Biasa, Sudah Buat Terbaik’

    Shopee Sale



    Hafiz Suip

    Pertama kali pulang dengan tangan kosong tanpa sebarang trofi, penyanyi Hafiz Suip mengakui sudah melakukan persembahan yang terbaik menerusi lagu ‘Terus Bersinar’ pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).

    Tanpa sebarang trofi

    Hafiz Suip

    Akur dengan adat pertandingan, Hafiz atau nama lengkap Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkata, dia percaya juri profesional sudah melakukan tugas mereka dalam menilai setiap karya yang bertanding.

    Saya sudah lakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan kepada Ilahi. Normal jika kalah dan menang. Kalau menang dapat la hadiah, kalau kalah jangan ‘complaint’.

    Saya menghormati juri, mereka sudah buat keputusan yang tepat. Semua yang menang pada malam AJL39, mereka memang layak.

    Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media malam kemuncak AJL 39 di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.

    Kata Hafiz lagi, meskipun tidak memenangi sebarang trofi, namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan beraksi di pentas berprestij itu.

    Saya langsung tak patah semangat atau rasa ‘down’. Tiada istilah itu dalam hidup saya, akan terus berkarya.

    Tiada rezeki vokal terbaik

    Hafiz Suip

    Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai dakwaan dia melakukan kesilapan dalam nyanyiannya sehingga gagal menjulang trofi Vokal Terbaik, Hafiz menjawab tiada rezekinya pada edisi kali ini.

    Lumrah dan adat dalam pertandingan, ada menang ada kalah. Saya tiada masalah pun tak menang vokal terbaik.

    Saya sudah buat yang terbaik, saya juga manusia biasa, tak lari daripada buat kesilapan. Apa yang terjadi pada malam AJL39, itulah yang berlaku.

    AJL39 menyaksikan lagu ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM100,000.

    MENARIK:  Bekas Isteri Pertama Kongsi Foto Sanding Datuk Red & Adira – ‘Ramai Tunggu Gambar Dari Muzium Ni’

    Manakala, lagu ‘Bukan Lagi Kita’ nyanyian Nadeera diumumkan sebagai naib juara dan lagu ‘Saksama’ oleh Akim & The Majistret ditempat ketiga.

    Vokal Terbaik dimenenagi Ernie Zakri menerusi lagu ‘Aura’ dan Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Aina Abdul menerusi lagu ‘Puas Sudah’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah