Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak menafikan dakwaan suaminya menjadikannya tikus makmal dengan memaksanya menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Trauma Dengan Kejadian Serang, Dedah Tak Boleh Tidur Malam – ‘Saya Memang Tidak Akan Jumpa Dengan Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Prince Syed Syukur Isteri Tunjuk Perkembangan Positif, Dedah Permintaan Tak Mahu Jumpa Sesiapa – ‘Sayang Merayu Sangat Kali Ini’
Tidak benar

Menerusi perkongsian di TikTok, Fatin, 27, menjelaskan kenyataan itu bagi menghentikan dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap dirinya dan suami.
Saya tahu ramai yang nak tahu jawapan daripada mulut saya.
Saya ada dengar tuduhan katanya saya ni lembam, OKU, IQ rendah dan macam-macam lagi.
Satu saja saya nak sampaikan sebab selama ini saya diam tidak beri apa-apa kenyataan.
Kalian asyik dengar yang satu pihak saja dan di sini saya sekeras-kerasnya menyatakan dakwaan yang tular itu sama sekali palsu dan tidak benar.
Mengulas lanjut, Fatin berkata keadaan kesihatannya bertambah baik walaupun sebelum ini dimasukkan ke dalam hospital kerana berada dalam keadaan kritikal.
Alhamdulillah keadaan saya semakin baik dan pulih selepas buat pembedahan bariatrik.
Terima kasih suami yang menjaga saya sampai sembuh. Sudah-sudahlah kecam suami saya.
Kalau tidak tahu apa-apa lebih baik diam.
Sebelum ini, timbul dakwaan Syed menjadikan isterinya sebagai tikus makmal dengan memaksanya menjalani pembedahan bariatrik tanpa kerelaan hatinya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Isteri Prince Syed Buka Mulut Isu Didakwa Jadi ‘Tikus Makmal’, Berterima Kasih Dengan Suami Jaga Masa Sakit first appeared on OHBULAN!.





