28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afgan Gementar Buat Konsert Solo Terbesar Di Pulau Pinang, Tak Sabar Nak Makan Nasi Kandar

    Shopee Sale



    Penyanyi Indonesia, Afgan tidak menolak untuk mengadakan hari kedua sekiranya Konsert Afgan Live In Penang 2024 pada 28 Disember ini mendapat sambutan yang luar biasa.

    Hari kedua?

    AFGHAN PC LIVE IN PENANG 108

    Ketika ditemui , Afgan, 35, berkata dia sangat gembira untuk meluangkan masa bersama peminat-peminat Malaysia yang menyambut baik kehadirannya setiap kali mengadakan konsert.

    Jika ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat di sini, saya juga tidak menolak untuk mengadakan hari kedua.

    Contohnya, kalau jualan tiket konsert ini habis cepat, saya terbuka untuk mengadakan hari kedua keesokannya kerana saya memang suka buat persembahan dan tiada masalah untuk teruskan.

    Tambah Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, konsert anjuran Strategy X Entertainment dengan sokongan Tourism Malaysia menjadi konsert solo terbesar sepanjang 17 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian.

    Kalau di Indonesia, konsert atau persembahan yang saya pernah jayakan sekitar 5,000 orang saja.

    Justeru, konsert yang akan berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28 Disember ini jam 8 malam akan menjadi konsert solo terbesar sepanjang karier nyanyiannya.

    Konsert ini juga akan menceritakan perjalanan karier seni saya dengan menyampaikan 25 lagu hits.

    Nak makan nasi kandar

    afgan penang

    Dalam pada itu, pelantun lagu Panah Asrama memberitahu dia akan bercuti beberapa hari di negeri bebas tunai 2024 untuk mencuba nasi kandar serta berenang di pantai.

    Ini kali pertama saya pergi ke Pulau Pinang. Saya sangat teruja kerana saya dengar dekat sana ada laut jadi saya boleh berenang di pantai.

    Saya suka pantai, mungkin selepas habis konsert saya akan extend selama beberapa hari untuk berehat.

    Peminat sudah boleh membeli tiket di Ticket2u.com.my bermula dengan harga RM138 sehingga RM388.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Boleh Tengok WhatsApp Dia, Tunjuk Kalau Berani’ – Fattah Amin Bidas Tuduhan Tidak Pujuk Fazura

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah