27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ABPBH 37 Angkat Tema Satu Keunggulan, Undian Kini Dibuka

    Shopee Sale

    Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali untuk edisi ke-37 dengan tema ‘Satu Keunggulan’, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai acara hiburan pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia sejak diperkenalkan pada 1987.

    Tema satu keunggulan

    Tema kali ini melambangkan kedudukan ABPBH sebagai acara nombor satu dalam meraikan populariti dan mutu bakat seni tanah air, di samping menghimpunkan pelbagai cabang seni dalam sebuah acara berprestij.

    Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penaung ABPBH 37, Zulkifli Jalil, berkata acara ini terus relevan sebagai platform mengiktiraf anak seni tempatan.

    ABPBH dilihat relevan dalam konteks mengangkat martabat anak seni yang sentiasa berevolusi dan meningkatkan kemahiran diri, baik secara intelektual atau kerja kreatif dalam landskap hiburan era digital.

    Sebagai acara hiburan pilihan peminat No.1 di Malaysia, ABPBH menjadi penghubung antara penggiat seni dan peminat dalam memberi penilaian dan apresiasi terhadap produk serta bakat seni yang dipaparkan.

    Sementara itu, Pengarah ABPBH 37, Shamshul Azree Samshir, menjelaskan bahawa pemilihan tema ‘Satu Keunggulan’ membuktikan acara ini kekal sebagai tanda aras kemasyhuran selebriti tanah air.

    Kita dapat lihat alumni Bintang Paling Popular ABPBH sejak era Datuk Aishah hingga terkini Aina Abdul yang meraih trofi gah itu pada ABPBH 36, terus berevolusi. Malah, Aishah yang meraih trofi itu pada 1990, sehingga kini terus aktif dalam berkarya.

    Suka juga disebut pemenang Bintang Paling Popular yang lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aaron Aziz dan Shaheizy Sam, misalnya, terus mempesona peminat dengan bakat dan produk unggul.

    ABPBH 37 mempertandingkan 16 kategori utama termasuk Penyanyi Popular, Artis Baharu Popular, Aktor/ Aktres Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular. Turut diperkenalkan, lima kategori Ekstra! iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular dan Seller Terpaling Popular.

    MENARIK:  Anak Bonda Rozita Dimasukkan Ke Hospital, Tangan Luka Terkena Pisau ‘Blender’ – ‘Salah Satu Saraf Putus’

    Trofi utama, Bintang Paling Popular ABPBH 37, akan diberikan kepada calon dengan undian tertinggi bersama markah juri profesional, manakala Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat turut disediakan bagi menghargai jasa tokoh seni.

    Undian boleh dibuat mulai hari ini hingga 9 November 2025 melalui laman web rasmi http://www.abpbh.com.my, dengan kombinasi 70 peratus undian peminat dan 30 peratus juri profesional.

    The post ABPBH 37 Angkat Tema Satu Keunggulan, Undian Kini Dibuka first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah