25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sasar Lebih 500,000 Pengunjung! Festival Bazar Raya Shah Alam Pilih Azlee Senario Sebagai Duta

    Shopee Sale



    Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma, syarikat IPGE Sdn. Bhd bakal menganjurkan Bazaar Raya Shah Alam 2025 x Azlee Senario.

    Nak bantu usahawan tempatan

    Pengarah urusannya iaitu Mohammed Tarmizi berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi ruang serta platform kepada usahawan serta usahawan selebriti (celeb-preneur) tempatan untuk berniaga.

    Menampilkan pelawak terkenal Azlee Senario sebagai duta, festival ini bukan sahaja memberikan ruang kepada usahawan tempatan tetapi turut menampilkan lebih 20 usahawan selebriti yang akan memperkenalkan produk-produk terbaik.

    Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga. Tidak kira bangsa apa sekalipun yang mahu berniaga bersama kita di bulan Ramadan ini.

    Seramai lebih 20 usahawan selebriti dan pempengaruh media sosial turut bergabung bersama kita selama 16 hari ini termasuk juga vendor usahawan lain yang julung-julung kali diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam.

    Lebih menarik, para pengunjung yang hadir bukan sahaja berpeluang untuk membeli barangan yang dijual malah berpeluang untuk memenangi hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta jenis Mini Cooper.

    Pengunjung hanya perlu membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit dari mana-mana gerai jualan yang ada serta membeli produk premium keluaran Bazaar Raya bernilai dari RM10 bagi melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah.

    Dengan adanya hadiah utama ini kita dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang terutama dalam kalangan generasi belia.

    Pemilihan Azlee sebagai duta

    Berkongsi lanjut mengenai pemilihan Azlee sebagai duta, pihak penganjur menjelaskan bahawa kredibiliti yang ada pada Azlee diyakini mampu menarik minat pengunjung dari setiap lapisan masyarakat.

    Selepas lebih dua tahun menunggu jawapan, akhirnya Azlee bersetuju untuk menjadi duta bagi festival ini.

    Sebab utama kami memilih Azlee ialah kumpulan Senario merupakan kumpulan lagenda yang bukan sahaja dikenali ramai malah dikenali oleh setiap lapisan umur.

    Kami yakin ‘value’ yang ada pada saudara Azlee boleh membantu menarik minat pengunjung dari pelbagai peringkat umur.

    Selain Azlee, festival Bazar Raya Shah Alam 2025 ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti hebat lain seperti Datuk Adi Putra, Datuk Afdlin Shauki, Shahiezy Sam, Hakim Stopa, Uci Luna, dan ramai lagi.

    MENARIK:  AJL40 Angkat Tema Evolusi & Masa Depan Muzik Malaysia, Faizal Tahir & Hael Husaini Terima Anugerah Ikon

    Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke festival ini yang bakal berlangsung pada 15 hingga 30 Februari perkarangan Stadium Shah Alam, Shah Alam bermula dari jam 3 petang hingga 3 pagi pada setiap hari.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah