30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Abang Saksi Struggle Jaden & Rania Jaga Hubungan..Banyak Pengorbanan, Air Mata Dalam Perjalanan Cinta Ini’ – Ojen Aiwah

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah mencuri perhatian apabila menitipkan ‘surat cinta’ buat dua atlet tinju iaitu Jaden Bahtera dan Puteri Rania, sempena majlis merisik pasangan itu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atlet Tinju Indonesia Menangis Syukur, Selamat Merisik Jaguh Muay Thai Negara – ‘She Said Yes’

    Pasangan secocok

    Menerusi hantaran di Instagram, Ojen atau nama lengkapnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 29, meluahkan rasa syukur dan bangga melihat kedua-duanya akhirnya menuju ke fasa yang lebih serius selepas melalui pelbagai cabaran dalam perhubungan.

    Penantian yang penuh dengan harapan dan kasih sayang hampir berakhir dengan fairy tales. 

    Abang saksi betapa strugglenya kalian menjaga hubungan kalian berdua, ujian demi ujian.

    Disebalik berita gembira hari ini, banyak pengorbanan dan air mata yang turut serta perjalanan cinta ini.

    ‘Cinta dua benua memang wujud’

    Menurut Ojen, dia sendiri menyaksikan ketabahan Jaden dan Rania dalam mempertahankan hubungan jarak jauh mereka.

    Tahniah kerana membuktikan bahawa cinta dua benua itu memang wujud. Untung kedua keduanya kerana mereka ditakdirkan together, cocok kan tengok diorang.

    Jaden seorang yang baik, bekerja keras, majikan yang baik dan sangat menghormati wanita. Abang yakin, pasangan yang baik dan tepat buat Rania.

    Rania pula seorang yang sangat baik, berbudi pekerti, sangat menghormati orang tua dan sangat menjaga auratnya. Insyallah terbaik buat Jaden.

    Sementara itu, Ojen turut mendoakan agar Jaden dan Rania segera meniti bahtera rumah tangga, seraya menasihati pasangan ini agar tabah dan sabar menghadapi pelbagai ujian serta dugaan sepanjang fasa pertunangan.

    Ingat pesan abang, tempoh ni sangat mencabar, cekalkan diri dan kuatkan hati. Ujian dalam nak menghalalkan hubungan ni memang kuat dan pasti ada. Abang doakan semoga ke jinjang pelamin.

    Pada Khamis, personaliti media sosial dan atlet tinju Indonesia, Jaden Bahtera, selamat merisik jaguh Muay Thai dan peninju Malaysia, Puteri Rania.

    MENARIK:  ‘Setakat Ini Saya Tak Terima Notis Tuntutan Mahkamah’ – Uyaina Arshad Dedah Ada Peguam Hubungi Untuk Hulur Bantuan

    Majlis yang serba ringkas itu diadakan di kediaman Rania dan turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

    Sumber: Instagram Ojen Aiwah

    The post ‘Abang Saksi Struggle Jaden & Rania Jaga Hubungan..Banyak Pengorbanan, Air Mata Dalam Perjalanan Cinta Ini’ – Ojen Aiwah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah