Seorang anggota beruniform berkongsi pengalaman mengendalikan satu kes membabitkan sebuah keluarga yang meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Isteri ‘Fed Up’ Dalam Rumah Tangga, Fail Cerai Sebab Suami Tak ‘Flush’ Tandas
Artikel Berkaitan: Influencer & Peguam Didakwa Rancang Bunuh Penyanyi, Kantoi Selepas FBI Menyamar Jadi Pembunuh Upahan
Abang rogol adik

Sekadar gambar hiasan
Menerusi satu ciapan yang dimuat naik, seorang individu tampil berkongsi pengalaman mengendalikan kes membabitkan seorang abang yang didakwa merogol adik kandungnya sendiri.
Tambah individu tersebut, situasi itu dipercayai berpunca daripada kurangnya penetapan batas dalam pergaulan apabila sesetengah ibu bapa membenarkan anak lelaki dan anak perempuan tidur bersama di ruang tamu.
Abang rogol adik sejak umur 12 tahun. Puncanya daripada tidur ramai-ramai di ruang tamu.
Ibu bapa pula sibuk berniaga.
Bila umur 15 tahun, si adik sedar perkara itu salah dan buat laporan polis.
Lebih mengecewakan, ibu bapa mangsa didakwa meletakkan kesalahan terhadap anak perempuan mereka sendiri serta menuduh mangsa sengaja cuba memerangkap abangnya.
Bagaimanapun, pelaku dilaporkan telah dipenjarakan manakala mangsa pula dipercayai disisihkan oleh keluarganya dan kini menetap di sebuah rumah kebajikan.
Keluarga salahkan si adik dan tuduh adik saja perangkap si abang. Difahamkan sebab adik jenis liar dan abang pula tanggung keluarga.
Hujung-hujung, keluarga itu buang si adik dan duduk di rumah kebajikan. Si abang masuk penjara.
Sumber: Threads @liya_my
The post Abang Didakwa R*gol Adik Selama Empat Tahun, Ibu Bapa Nafi & Pilih Buang Mangsa Daripada Keluarga first appeared on OHBULAN!.





