27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aaron Aziz Pilih Naskah Yang Sesuai – ‘Dah Tak Nak Bawa Watak Dukung & Bersentuhan’ 

    Shopee Sale

    Pelakon Datuk Aaron Aziz, mengakui dirinya kini lebih selektif dalam memilih sesebuah karya lakonan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Alami Kecederaan Mata, Dipercayai Terkena Bola Pickleball

    Artikel Berkaitan:  ‘Saya Tak Dapat Peluk & Tenangkan Anak-Anak’ – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

    Elak babak sentuhan

    Ketika ditemui , Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 50, menafikan dakwaan dia enggan berlakon di dalam drama. 

    Sejajar dengan kematangan usia, Aaron bagaimanapun menetapkan untuk tidak lagi membintangi naskah drama yang mempunyai penceritaan klise.

    Bukan saya kata saya tak nak buat drama cuma kalau boleh saya tak nak pegang watak yang macam dulu.

    Drama seperti jatuh cinta dengan perempuan kampung, jatuh cinta dengan pembantu rumah. Sebab dah bosan, asyik benda yang sama bukan?

    Kalau ada watak yang best, sudah tentu kita tak boleh sombong sangat. Rezeki kan. Sekarang pun saya tengah jalani penggambaran drama sebanyak 50 episod.

    Aaron berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri iQIYI 2026 bertempat di Andaman Grand Hall, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Dalam masa sama, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu turut meletakkan batas dengan tidak lagi mengambil tawaran watak bersentuhan dengan pelakon wanita.

    Kalau boleh saya dah tak nak bawa babak dukung dan bersentuhan. 

    Kalau sentuh pun ada halal gap, berbaju, berlapik dan tak kena kulit. Saya pun dah masuk 50-an. Mana tahu kubur sudah memanggil, kena jagalah.

    Dalam pada itu, aktor berasal dari Singapura ini turut memberikan reaksi positif terhadap perkembangan industri drama tempatan.

    Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi baguslah. Bagus untuk industri kita, ramai pelakon baru, pelapis-pelapis yang akan datang untuk menaikkan kita punya standard drama dan filem.

    Dengan adanya lambakan platform penstriman, ramai pengarah, penerbit dan jurukamera yang boleh cuba nasib dan tonjolkan bakat sera kebolehan mereka.

    Untuk info, sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang di Malaysia, iQIYI iaitu sebuah platform penstriman terkenal terus mengembangkan jejaknya dalam industri tempatan.

    MENARIK:  Enam Selebriti Gred A Pacu Jenama Amber Tembusi Pasaran Singapura Di CelebFest

    Bagi tahun 2026, platform ini menampilkan lima produksi Melayu yang merangkumi drama keluarga, percintaan dan saspens, iaitu drama Dua Nyawa, Madu Atau Racun, Ceraikan Aku Sekali Lagi, Sekali Lagi, Bahagia dan Griya.

    The post Aaron Aziz Pilih Naskah Yang Sesuai – ‘Dah Tak Nak Bawa Watak Dukung & Bersentuhan’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah