34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kantoi Pecah Rumah Sebab Curi Kopi, Pemuda Tergamak Bun*h Pasangan Suami Isteri

    Shopee Sale

    Gara-gara kantoi mencuri kopi, seorang pemuda tergamak mengakhiri hayat sepasang suami isteri.

    Pecah masuk rumah nak curi biji kopi

    Suspek yang berusia 24 tahun itu didakwa memecah masuk rumah pasangan suami isteri itu di Kampung Blang Tampu, Kecamatan Bukit, di Indonesia untuk mencuri kopi. 

    Bagaimanapun, perbuatan suspek terbongkar dan disedari oleh pemilik rumah. Suspek yang panik bertindak di luar kawalan dengan menyerang mangsa menggunakan sebatang kayu.

    Bunyi dentuman kuat yang berlaku di rumah mangsa telah mengejutkan jiran tetangga. Menurut Ketua Polis Bener Meriah, AKBP Aris Cai Dwi Susanto, bunyi tersebut berpunca daripada hantaman kayu pada dinding kayu rumah semasa serangan dilakukan dan bukannya bunyi senjata api. 

    MENARIK:  [VIDEO] Zahiril Adzim Sambung Bacaan Surah Al-A’laa Terima Pujian – ‘Masa Solat Selalu Baca, Ingatkan Saya Tentang Dunia Hanya Sementara’

    Jiran yang curiga segera ke lokasi kejadian, namun ketika itu suspek telah pun melarikan diri.

    Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia.

    Difahamkan, suspek telah ditahan di sebuah pondok kebun kopi di Kampung Bale Atu dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian.

    Sumber: Gayo Tribunnews

    The post Kantoi Pecah Rumah Sebab Curi Kopi, Pemuda Tergamak Bun*h Pasangan Suami Isteri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah