26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    3 Destinasi Unik Dengan Penerbangan Terus Dari Malaysia Yang Wajib Masuk Bucket List

    Shopee Sale

    Kalau korang jenis suka travel tapi dah penat dengan destinasi mainstream, ini mungkin masa terbaik untuk cuba sesuatu yang lain.

    Bukan sekadar bercuti, tapi betul-betul explore tempat yang masih segar, kurang sesak dan penuh pengalaman baru.

    Kini, Malaysia Airlines membuka laluan penerbangan baharu untuk beri korang peluang terbang terus ke tiga destinasi menarik iaitu Shenzhen, Changsha dan Fukuoka.

    Setiap destinasi ini bukan sahaja unik, tetapi menawarkan pelbagai tarikan, aktiviti dan pengalaman yang buat perjalanan korang lebih bermakna. Jom lihat 3 destinasi.

    Shenzhen, bandar moden dengan vibe masa depan

    Kredit: Now Shenzen

    Nak port OOTD dengan skyline futuristik? Shenzhen memang jawapannya.

    Shenzhen Talent Park antara lokasi wajib singgah dengan gabungan tasik, kehijauan dan bangunan moden, memang spot ideal untuk ambil gambar ‘city aesthetic’ yang nampak clean dan premium.

    Kalau nak isi hari dengan pelbagai aktiviti, terus ke Overseas Chinese Town East. Dari taman tema hingga kawasan alam semula jadi, semuanya ada dalam satu lokasi, senang nak plan satu hari tanpa perlu pening kepala.

    Sumber: Eye Shenzen

    Untuk yang lebih ‘wow’, boleh ke Ping An Finance Centre. Pemandangan dari atas, terutama waktu senja boleh menjadi antara momen paling cantik untuk dirakam.

    Nak sesuatu yang unik, Window of the World bagi peluang ‘travel satu dunia’ dalam satu tempat. Memang menarik untuk bergambar dengan pelbagai landmark ikonik.

    Kalau nak rehat sekejap dari suasana bandar, boleh pilih untuk hiking ringan di Wutong Mountain atau berjalan santai di Fairy Lake Botanical Garden yang penuh dengan suasana tenang.

    Menggabungkan elemen moden, alam semula jadi dan tarikan unik, Shenzhen memang destinasi yang menawarkan pengalaman travel yang berbeza daripada bandar lain.

    Changsha, destinasi underrated yang penuh karakter

    Kredit: Malaysia Airlines

    Changsha mungkin belum terlalu popular, tetapi sebenarnya penuh dengan port menarik untuk explore, makan dan juga menarik dijadikan konten.

    Huangxing Walking Street antara lokasi wajib singgah. Kawasan ini hidup dengan deretan kedai, makanan dan suasananya meriah, sesuai untuk shopping dan food hunting dalam satu masa.

    Untuk suasana lebih santai, Orange Isle menawarkan laluan tepi sungai dengan pemandangan skyline bandar yang cantik, sesuai untuk stroll petang sambil ambil gambar aesthetic.

    Kalau nak ‘healing mode’, Yuelu Mountain menyediakan trek santai dengan udara segar dan kehijauan yang menenangkan.

    Kredit: Malaysia Airlines

    Meixi Lake Park pula tampil dengan seni bina moden dan suasana tasik yang tenang menjadikan ia antara spot yang cantik untuk OOTD.

    Bagi yang ada masa lebih, boleh extend perjalanan ke Zhangjiajie. Landskap semula jadi di sini memang unik, ditambah pula dengan Tianmen Mountain yang menawarkan pemandangan dramatik dari ketinggian.

    Untuk pengalaman berbeza, Fenghuang Ancient City menampilkan suasana klasik tepi sungai dengan seni bina tradisional yang masih terpelihara, sangat sesuai untuk yang sukakan vibe old town yang aesthetic.

    Fukuoka, santai dan penuh budaya

    Kredit: Malaysia Airlines

    Kalau nak pengalaman Jepun yang lebih chill tetapi tetap visual menarik, Fukuoka memang pilihan tepat.

    MENARIK:  Terdorong oleh Ketampanan Syihan Hazmi, Wanita Korea Berang Jadi 'Gegilaan'

    Fukuoka Tower antara spot ikonik untuk menikmati pemandangan laut dan bandar dari ketinggian terutama sekali ketika waktu matahari terbenam.

    Manakala Ohori Park pula jadi pilihan untuk suasana santai di tengah bandar dengan tasik luas dan laluan yang tenang, sangat sesuai untuk berjalan sambil ambil gambar ‘clean Japan aesthetic’.

    Kredit: Malaysia Airlines
    Kredit: Malaysia Airlines

    Futamigaura Beach terkenal dengan torii gate di tepi laut yang sering jadi latar belakang gambar dan antara spot paling popular untuk mereka yang suka bergambar.

    Untuk pengalaman unik, cuba Yanagawa Punting. Aktiviti menaiki sampan ini memberi peluang untuk menikmati suasana tradisional Jepun yang lebih tenang dan berbeza.

    Kalau nak sentuhan budaya, Dazaifu Tenmangu Shrine dan Kushida Shrine menawarkan seni bina klasik serta suasana yang penuh nilai tradisi.

    Maizuru Park pula sesuai untuk berjalan santai sambil menikmati pemandangan semula jadi yang berubah mengikut musim terutama sekali ketika sakura atau musim luruh.

    Lebih mudah dengan penerbangan terus dan jadual yang praktikal

    Dengan laluan baharu ini, perjalanan ke tiga destinasi ini jadi lebih mudah tanpa perlu transit yang memenatkan.

    Penerbangan ke Shenzhen bermula 1 Julai 2026, diikuti Changsha pada 8 Julai 2026 dengan kekerapan 7 penerbangan seminggu. Fukuoka pula bermula 2 September 2026 dengan 5 penerbangan seminggu. Sesuai untuk perancangan trip yang lebih fleksibel.

    Tambang penerbangan bermula daripada RM1,088 untuk caj dua hala ke Shenzhen dan Changsha dan RM1,788 untuk caj dua hala ke Fukuoka termasuk semua. 

    Promosi tambang pengenalan ini ditawarkan untuk masa terhad sahaja.

    Pengalaman servis penuh yang buat perjalanan lebih selesa

    Selain destinasi, pengalaman sepanjang penerbangan juga memainkan peranan besar. Malaysia Airlines mengekalkan standard servis penuh yang memberi keselesaan dari awal hingga akhir perjalanan.

    Penumpang boleh menikmati hidangan dalam penerbangan dengan pilihan menu yang diinspirasikan dari citarasa Asia, termasuk pilihan mesra Muslim. Untuk laluan tertentu, terdapat juga pilihan hidangan yang boleh dipra-tempah lebih awal bagi pengalaman yang lebih peribadi.

    Selain itu, sistem hiburan dalam pesawat turut melengkapkan perjalanan, menjadikannya lebih selesa tanpa perlu risau tentang keperluan asas sepanjang penerbangan.

    Tempah terus untuk lebih banyak kelebihan

    Bagi yang merancang perjalanan, tempahan terus melalui laman rasmi atau aplikasi mudah alih memberikan beberapa kelebihan tambahan.

    Antara manfaat yang boleh dinikmati termasuk:-

    • Diskaun 5% untuk ahli Enrich
    • Diskaun tambahan sebanyak 5% apabila korang membayar dengan kad Visa
    • Tempahan boleh disesuaikan mengikut keperluan
    • Kadar istimewa untuk perkhidmatan tambahan
    • Pemulangan wang dengan mudah
    • Kadara khas untuk tambang kanak-kanak
    • Penjadualan semula penerbangan secara percuma

    Kadang-kadang, trip yang paling diingati bukan yang paling mahal atau paling jauh, tetapi yang memberi pengalaman baru yang berbeza. Dengan tiga destinasi ini, mungkin ini masa untuk cuba sesuatu yang lain daripada biasa.

    Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.

    The post 3 Destinasi Unik Dengan Penerbangan Terus Dari Malaysia Yang Wajib Masuk Bucket List first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah