28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘2024 Telah Tiba, Marilah Kita Berusaha Mencipta Kebaikan, Hidup Kita Semakin Singkat’- Syada Amzah

    Shopee Sale



    Penyanyi jelita, Syada Amzah telah mencuri perhatian warganet apabila dia meluahkan perasaan kerana sering dikecam oleh netizen.

    ‘Cuba hargai hasil kerja’

    Menerusi perkongsian di Instagram, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah mendedahkan dia sering mendapat kecaman tentang gaya tudungnya serta wajahnya yang dikatakan tampak lebih tua berbanding usianya.

    Menurut Syada, apabila orang mengatakan wajahnya tua, dia masih menganggap itu sebagai satu pujian kerana ia merupakan satu perkara yang normal.

    “Gaya tudung visor dia tak jadi”

    Tak baik, cuba hargai hasil kerja orang yang siapkan saya untuk temuduga @hijabistamag. Terima kasih kak @ermishuzila81 , syukur berkesempatan bekerja dengan akak!

    “Asal muka dia ni nampak tua”

    Saya masih fikir itu adalah pujian. Saya suka walaupun saya sudah tua, saya masih berjerawat, ia membuatkan saya berasa normal. Tapi bagus @mimieromyza buat makeup. Saya sukakannya! ?

    Penyanyi berusia 26 tahun itu turut mendedahkan dia sering mendapat soalan mengenai kucing yang dibelanya.

    Tidak berdiam diri, Syada menjelaskan dia sudah menghabiskan banyak wang seperti ubat kucing, dandanan serta makanan demi haiwan peliharaan kesayangannya.

    Malah, dia turut memberitahu bahawa semua kucing yang dibelanya hanyalah anak angkat di mana dia menemuinya atas pembahagi jalan, lopak air dan dari enjin kereta di tengah jalan.

    “Kau bunuh kucing kau ke” “tak pergi klinik haiwan ke”

    Saya pergi ke doktor haiwan, saya telah menghabiskan banyak wang untuk ubat kucing saya, dandanan, makanan. Tetapi anda tidak tahu itu kerana kebanyakan anda yang mengulas itu, mungkin tidak pernah mengambil berat tentang hidupan lain selain diri anda.

    “Bela kucing baka mahal buat apa?”

    100% kucing saya sekarang adalah anak angkat. Jumpa atas pembahagi jalan, jumpa dalam lopak air pinggang patah, jumpa yang jatuh dari enjin kereta orang dekat tengah jalan.

    ‘Saya bersyukur’

    Bukan itu sahaja, pelantun lagu ‘hasrat’ itu turut mendapat kecaman tentang keadaan mulutnya yang dikatakan senget, selain giginya berkarang.

    MENARIK:  [VIRAL] Netizen Terpesona Melihat Rozita Che Wan Tanpa Solekan & Filter – 'Lebih Cantik Daripada Anak Dara!'

    Walau bagaimanapun, Syada tetap bersyukur dengan keadaannya sekarang walaupun tidak sempurna.

    “Asal muka dia waktu interview nak nangis”

    Maaf cakap, hanya orang yang pernah jaga haiwan yang basuh berak, yang kemas, yang bagi makan untuk dorang hampir setiap hari yang tahu perasaan patah hati bila kehilangan anak bulus ni rasa dia macam mana.

    “Mulut dia terherot” “gigi dia berkarang” “kenapa tak pakai braces”

    Ia berterusan dan akan berterusan. Ini kurniaan Allah, Alhamdulillah. Walau tak sempurna. Awak sahaja yang ada masalah dengan ciptaan Tuhan yang awak juga sembah. Ya, saya bersyukur sebab saya tak diciptakan sempurna supaya saya sentiasa ingat asal usul, adab, adat dan agama saya.

    Adik kepada penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak kisah jika orang ramai mahu terus mengecamnya jika perbuatan itu boleh memberi keuntungan kepada mereka.

    Dalam masa yang sama, Syada turut mengingatkan kepada mereka yang mengecamnya agar menyayangi pahala mereka kerana hidup sudah tidak lama.

    Sudah 2024… tolonglah sayang pahala korang. Hidup kita semua dah tak lama mana. Saya pun menuju tua. Hargai masa berharga anda. Jika cakap pasal saya boleh membuat anda memperoleh wang, sila berbuat demikian. Tetapi itu jika anda jenis tak kisah pasal keberkatan hidup.

    Di atas semua itu, terima kasih banyak-banyak kepada semua orang atas ucapan selamat hari lahir & doa doa yang baik. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah