29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita dipenjara tiga bulan curi barangan runcit bernilai RM374.69

    Shopee Sale

    Seorang wanita dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku mencuri pelbagai barangan runcit dari sebuah pasar raya Sabtu lepas.

    Majistret Aina Azahra Arifin memerintahkan Lini Ahmat, 38, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 April.

    Dia didakwa mencuri 30 jenis barangan termasuk makanan ringan, produk penjagaan diri dan keperluan harian yang bernilai RM374.69 dari sebuah pasar raya di Brickfields mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

    MENARIK:  Tingkah laku rasis tiada tempat dalam masyarakat - Gobind

    Terdahulu, peguam Qurratu ‘Aini Zafirah Mat Shoib memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya terpaksa melakukan kesalahan itu akibat tekanan kewangan selain perlu menanggung seorang anak berusia enam bulan dan bapa yang uzur berusia 76 tahun.

    “Anak guam saya tidak bekerja manakala suaminya baru sahaja mendapat pekerjaan selepas mereka sekeluarga berpindah dari Sarawak ke sini.

    "Dia berada dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan asas,” katanya.

    Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh pula memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah