31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UNHCR: Lebih 1.4 juta pelarian Syria pulang sejak Assad tumbang

    Shopee Sale

    Lebih 1.4 juta rakyat Syria telah pulang ke negara mereka sejak kejatuhan rejim Bashar Assad pada Disember lalu, menurut agensi pelarian PBB (UNHCR) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    UNHCR menerusi hantaran di platform X menyatakan bahawa bagi rakyat Syria yang telah kembali ke kediaman mereka, “harapan itu nyata, tetapi usaha membina semula tidak mudah.”

    Sebahagian daripada mereka yang pulang telah menjadi pelarian sejak peranang saudara tercetus di negara itu pada 2011.

    Agensi PBB itu turut merayu sokongan antarabangsa bagi membantu keluarga Syria memulakan kehidupan baru.

    MENARIK:  'SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat'

    “Mereka memerlukan sokongan untuk membina semula rumah dan infrastruktur, kesedaran keselamatan terhadap periuk api, bantuan undang-undang dan sokongan kesihatan mental,” menurut kenyataan itu.

    Sepanjang peranang saudara, Turkiye menjadi tuan rumah kepada kira-kira empat juta rakyat Syria, lebih banyak daripada mana-mana negara lain di dunia.

    Assad, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan antirejim menguasai Damsyik pada 8 Dis. Kejatuhan kerajaannya turut menamatkan pemerintahan Parti Ba'ath yang bermula sejak 1963.

    Pada 29 Jan, Ahmed al-Sharaa dilantik sebagai presiden negara itu.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah