29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno yakin rakyat Kedah sedia lakukan perubahan

    Shopee Sale

    UMNO yakin rakyat di Kedah bersedia untuk melakukan perubahan kepimpinan negeri demi masa depan yang lebih stabil kerana mereka dilihat semakin menyedari keperluan memilih pemimpin yang mampu menjaga kebajikan dan hala tuju negeri.

    Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selepas melalui cabaran di negeri itu, kini sudah tiba masanya rakyat Kedah kembali memilih kepimpinan yang mampu berbuat demikian.

    “Saya berharap ia akan berubah, bukan mudah untuk melakukan perubahan secara drastik tetapi tidak mustahil untuk kita berubah.

    MENARIK:  Perlis capai agenda sifar premis judi - Exco

    "Insya-Allah, Kedah akan kembali berada di dalam kepimpinan yang lebih baik dan boleh jaga rakyat sebenarnya," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dan Belia Luar Bandar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Alor Setar malam tadi.

    Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berharap rakyat Kedah akan berusaha memperjuangkan perubahan secara konsisten serta menyeluruh memandangkan perananan mereka adalah penting dalam memastikan perubahan pada masa depan dengan membuat pilihan bijak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah