30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno sah tangguh pemilihan selepas PRU16

    Shopee Sale

    Umno mengesahkan akan menangguh pengundian parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 (PRU-16), kata Ahmad Zahid Hamidi.

    Presiden Umno itu berkata, sama ada dua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan ataupun tidak akan ditentukan selepas PRU.

    "Kita tunggu selepas PRU ok.. kita ada 18 bulan, Perlembagaan Umno telah dipinda iaitu selepas 18 bulan daripada tarikh akhir tahun pengundian atau selepas pilihan raya.

    "Mana-mana yang dulu," katanya ketika ditemui wartawan pada Perhimpunan Agung Umno 2025.

    Kali terakhir pengundian Umno diadakan pada Mac 2023 dan tempohnya juga sepatutnya tamat pada Mac 2026.

    Namun, disebabkan Umno telah meminda Perlembagaannya maka pengundian parti boleh ditangguh.

    Pada pengundian Umno Mac 2023 jawatan Zahid selaku Presiden dan Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden tidak dicabar.

    MENARIK:  Muda wajar biarkan Syed Saddiq bereksperimen, kata Ilham Centre

    Pada 15 Mac 2022, Umno telah meminda perlembagaan parti mereka bagi membolehkan pengundian ditangguhkan selama enam bulan selepas PRU

    Pindaan Perlembagaan tersebut melibatkan 3 Fasal iaitu Fasal 10.16, 15.3 dan 18.2 yang kesemuanya melibatkan penangguhan pengundian di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Bahagian dan Cawangan.

    Pindaan ini memberi kuasa kepada MKT Umno untuk menangguhkan pengundian di peringkat MKT, Bahagian dan Cawangan tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pengundian yang sepatutnya diadakan atau tidak lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu PRU, yang mana terkemudian.

    Untuk rekod tempoh berakhir Parlimen bagi membuka laluan kepada PRU16 ialah pada 19 Dis 2027.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah