28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno Gua Musang mahu PM bertanggungjawab isu titah adendum

    Shopee Sale

    Umno Gua Musang menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyembunyikan titah adendum tahanan rumah yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong kepada Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah, sekali gus menghalang proses keadilan.

    Justeru, Umno Gua Musang menggesa Anwar sebagai perdana menteri bertanggungjawab sepenuhnya berhubung isu berkenaan.

    "Justeru itu perdana menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kemelut yang berlaku," kata Umno Gua Musang dalam satu kenyataan, hari ini.

    Umno Gua Musang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah selaku ketua bahagian dan bekas ahli Parlimen kawasan itu.

    Mengulas lanjut, Umno Gua Musang berpandangan meskipun parti itu bersama kerajaan, ia tetap berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan.

    MENARIK:  Pertemuan dengan Muhyiddin: PAS hadir kalau dijemput - Afnan

    Pada 11 Jan lalu, perdana menteri mengakui bahawa peguam negara menerima surat berhubung titah tambahan diraja yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

    Bagaimanapun, dia menyebut selepas surat itu diterima, Agong bertukar dan peguam negara menyerahkan surat itu kepada istana negara bagi membolehkan Agong yang baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, membuat keputusan.

    Anwar menambah dalam satu mesyuarat yang dihadirinya, Peguam Negara telah menasihatkan Agong terdahulu bahawa baginda mempunyai budi bicara mutlak untuk membuat keputusan, tetapi keputusan itu mesti dibuat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, bukan di luar mesyuarat tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah